Monday, 17 February 2014

Kenangan UPSR

 
Upsr ? Tetiba aku teringat pulak masa time ambik result upsr dulu . Bibir aku tersenyum menghiasi raut wajahku ini . cewahhh! Masa aku ambik result tuh tahun 2008 . Banyak kenangan dan perkara yang aku sama sekali tak jangka akan berlaku . Bagaikan sebuah keajaiban ! Ketika itu tiada apa yang mampu aku katakan selain kata syukur kepada Allah yang tidak henti-henti . Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang pernah mengajar aku di sekolah kebangsaan jalan paya besar dan yang paling penting kepada mama dan abah . Terima kasih atas doa kalian . Berkat doa dan usaha untuk dapat yang terbaik , akhirnya dapat jugak walaupun sekadar 4A 1B . 

Nak tahu kenapa aku happy sangat dapat 4A 1B ? Orang lain semua mengidamkan nak dapat 5A . aku pulak nak 4A 1B jaa . Pelik bin ajaib kan? Bagi aku 5A tuh terlalu besar kejayaannya . Aku rasa aku tak mampu nak dapat . Sebab tuh setiap hari aku doa bagi dapat 4A 1B supaya aku dapat masuk SMKK(Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim) . Waaa . aku memang dah berhajat nak masuk SMKK pun sebenarnya . Aku langsung tak peduli pasal sekolah badlishah . Aku rasa sekolah tuh seolah-olah tak wujud . Hehe . sorrylah pada sesiapa yang sekolah kat situ . Bukan nak kata benci tapi hakikatnya memang dulu aku tak kenal sangat sekolah badlishah . Takdak aura teringin nak join masuk badlishah .

Masa cikgu tengah umum tuh , memang ketaq tahap nak pengsan arr . siap pegang tangan kawan kut . Sampai ketaq berpeluh-peluh . Haha . teruk! Dalam hati duk bertawakal jaa . Tak dapat apa yang aku doa pun takpalah . Sebabnya result aku time exam pun mana pernah dapat yang elok . setakat 1A atau 2A jaa . Bagi aku memang takdak harapan dahlah . Dalam kepala otak duk terbayang jaa sekolah menengah paya besar . Haha . Bersiap sedia sekiranya di situlah tempat aku tak lama lagi . acewahh . 

Dup dap dup dap dup dap !

Cikgu nak umum untuk result siapa yang dapat 4A 1B . Aku pejam mata siap-siap dahh . Takut kut! Dekat nama yang dekat-dekat last tuh , nama aku cikgu sebut . Aku pun apa lagi . terkejut tahap beruk ar! Biar betul cikgu nih ? Cikgu silap apa ? Haha , silap apanya . memang kenyataan dah pun . Kawan aku suruh aku pi naik cepat . Masa naik nak amik result tuh aku dah start sebak dah laa . Guru Besar cakap tahniah time tuh memang aku rasa macam entah apa-apa dah . Elok jaa aku duduk terus aku menangis . Kawan-kawan pakat tanya dan ada jugak yang cakap tahniah . Btw, thanks uolls !

Time nak tangkap gambar untuk pelajar 5A dan 4A , aku naik sambil mata merah pipi lencun dengan air mata , haha . Cikgu Jamaliah peluk aku . Aku apa lagi . Teriakk arr . Haha . Cikgu Jamaliah ajar aku subjek sains . Dia tak sangka aku boleh dapat A . Kemudian cikgu Fauziah Ahmad tanya result aku pulak . Cikgu cakap tahniah and tanya result BI . Dengan hampanya aku kata aku dapat B . Rasa bersalah terus bertandang . Kesian cikgu aku , penat-penat dia usaha ajar aku BI last-last aku dapat B ja . Sorry cikgu sebab takdak tengok anak muridmu ini dapat BI ,A .Cikgu kata takpa . Cuba lagi . Dia senyum tapi aku tahu disebalik senyuman dia tetap terselit rasa kecewa .

Balik rumah ingat nak buat surprise kat mama aku . Acewahh! Dah buat dah . Jadi . Tengok-tengok mama dah tau lebih awal dari abah . Abah call paksu tanya result aku . Ceh! Surprise tak menjadilah kiranya . Buat malu ja . Abah belanja KFC sebab dapat 4A 1B . apa-apa pun aku bersyukur . Inilah dinamakan rezeki . Terima Kasih Ya Allah!

No comments: