Friday, 7 March 2014

aku dapat PLKN .

 
Selamat malam guys ! Malam nih mood aku excited nak cerita pasal PLKN . Semalam kawan aku si syifa syairah ada send message kat aku . Dia bagitau yang dia dapat PLKN kumpulan 2 kat langkawi . Elok jaa aku baca terus aku menjerit . Langkawi beb ! Jauh nun di sana . Tapi ada orang kata best kat sana . Btw , aku terus fikir pasal kem aku pulak . Terus aku check guna message . 

PLKN KEM NO. K/P hantar ke 15888

Tidak lama kemudian ..
message masuk !

PLKN: KUMP 2: KEM PLKN DAMAI PARK RESORT , MERBOK , KEDAH .
PKP : STADIUM MINI KULIM. LAPOR : 07-APR-2014, 9:30 PG

Lepas jaa aku baca message nih terus jerit buat kali kedua . HAHA :D
Then , aku bagitau mama , adik-adik and hantaq message kat abah jugak . Lepas baca , jerit , fikir , senyum dan macam-macam barulah aku balas message syifa :)

So, aku tak senang duduk bila memikirkan pasal PLKN dengan lesen kereta lagi . Fuhh! Dengan no pin UPU tak beli lagi . Isi online UPU lagilah tak . Btw, aku tetap rasa teruja nak pi . Aku rasa aku pi tak lama kut . maybe dalam sebulan . Yelahh , 20 mac nih dapat result SPM dah . Lepas tuh mesti surat tawaran sambung belajar akan sampai punya selepas beberapa hari atau beberapa minggu . So, aku tunggu nak sambung belajar cepat-cepat . HIHI :)

Dengar aktiviti yang depa buat kat PLKN macam best ja . So, aku nak jugak dapat pengalaman tuh . Bukan senang nak dapat :D apa-apa pun mesti ada hikmah kenapa aku dapat PLKN kan ?

Doa untuk aku tau :) Semoga kami batch 96 mendapat keputusan SPM dengan cemerlang sekaligus tidak menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru kami , INSYAALLAH :)

No comments: