Monday, 24 March 2014

Result SPM 2013


 




Hai semua . Bercerita pasal result SPM , baru hari nih aku nak update pasal result aku . hihi . setelah beberapa hari dari tarikh result SPM diumumkan baru nak update ? derr... apalah kau ni . haha . mestilah . sebabnya result aku bukanlah gempak bak gunung everest nuhh . kalau gempak straight A ofcourse lahh malam tu jugak aku hupdate tau.. haha :D jangan riak wahai asmaniza ! 
apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah Swt kerana telah memberikan kejayaanku dalam peperiksaan SPM 2013 ini . Alhamdulillah :) walaupun result ini tidak seperti yang aku target dan harapkan , aku tetap bersyukur dengan apa yang diberi . sekurang-kurangnya tak dapat gagal pun dah dikira nikmat besar tau . Aku check result aku pun melalui online (internet) . Apabila dia terpapar je kat depan skrin . Mata aku membulat dan bibirku tidak berhenti-henti mengucapkan kata syukur . Aku akui memang aku agak kecewa sedikit sebab tidak dapat menunaikan permintaan mama dan abah untuk tengok anak sulongnya ini mendapat keputusan cemerlang tapi apa-apa pun aku tahu mama dan abah tetap gembira dengan apa yang aku dapat walaupun tidak seperti yang mereka harapkan . Aku tahu disebalik semua ini pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri . walaupun aku merancang,berusaha dan berdoa , hanya ALLAH sahaja yang berhak menentukan . Inilah ujian buat aku . Ujian yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan tenang . 

Selepas melihat keputusan aku sendiri , aku cuba bermuhasabah dan menasihati diri sendiri . kalau selama ini aku boleh menasihati dan memberi semangat kepada kawan-kawan kenapa tidak pada diri aku sendiri , kan ? Dunia ini merupakan pentas ujian , sekiranya kita mahu lulus dan berjaya maka perlulah bersabar dan banyakkan berdoa . Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang hambaNYA melebihi kemampuan yang ada pada diri seseorang hambaNYA itu . Jadi pada kawan-kawan yang dapat result kurang baik atau sederhana , janganlah terlalu bersedih dan berputus asa . Kuatkan semangat dan teruskan berusaha . Masih ada banyak masa untuk kita memperbaiki diri kita sendiri . Apa yang penting jangan berhenti belajar dan mencari ilmu . Kepada kawan-kawan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang , TAHNIAH aku ucapkan :) kepada yang berjaya pun jangan berhenti mencari ilmu dan kekalkan prestasi untuk mencapai lebih banyak kejayaan . 


Biar pun aku mempunyai harapan dan perancangan aku sendiri , tapi Allah lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui . Sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada Allah . Sebenarnya seminggu sebelum nak ambil result nih aku dah rasa lebih tenang . Mungkin disebabkan doa-doa yang aku baca maka Allah kabulkan doa aku . Disaat aku mengetahui keputusan aku barulah aku faham kenapa aku lebih tenang mengambil keputusan SPM berbanding waktu dulu-dulu ketika UPSR dan PMR . Rupanya Allah nak ajarkan aku untuk lebih tenang dalam menerima apa jua keputusan sama ada baik atau buruk , aku tetap perlu menerima kenyataan . Akhirnya , aku terima result aku dengan penuh lapang dada .

Aku minta maaf sebab tak dapat nak kongsikan gambar sijil SPM aku , jadi aku list kat bawah nih ajelah ya :)

BAHASA MELAYU-A
PENDIDIKAN ISLAM-A
PENDIDIKAN SENI VISUAL-A
SEJARAH-A
MATHEMATICS-A-
BAHASA INGGERIS-B+
PHYSIC-C+
LUKISAN KEJURUTERAAN-C+
CHEMISTRY-D
ADDITIONAL MATHEMATICS-D


SPM 2013 = 4A 1A- 1B+ 2C+ 2D

No comments: