Friday, 30 May 2014

Im Back from PLKN

 
Selamat malam yo!!  Peluk sikit blog aku yang comel nih , hehe . rindu sangat-sangat aku dengan blog ni . hampir dua bulan aku tak menaip satu pun entri sepanjang aku berada di Kem Plkn Damai Park Resort,Merbok . Bukan tak nak bercerita tapi kerana kekangan masa dan telefon bimbit yang koman sepana ja yang aku bawak , memang semestinya aku tak online blog .haha . Insha Allah aku akan kembali aktif dengan entri-entri terbaru pada masa akan datang . Hari ini aku bertolak balik terus (pelepasan awal) dari kem pada jam 8.07 pagi dan sampai kat rumah jam 9.55 pagi . Start ja aku jejak kaki kat dalam rumah aku dah nampak perbezaan yang ketara pada hiasan yang terdapat di dalam rumah . Bibir aku terus mengukir senyuman . Dah tahu siapa punya kerja kalau bukan mama tercinta . haha . suka sangat bab-bab menghias rumah nih . Lantai bilik air yang dulunya belum bermozek kini sudah bermozek baru . Baru dua bulan tinggal rumah dah lain dah , kalau dua tahun entah apalah yang lainnya .Hmm ,  Esok ada kenduri kat lorong depan rumah aku dengan kenduri rumah adik beradik . hehe . memang rezeki betul . baru aje balik dah ada dua kenduri kahwin esok . makan besarlah aku jawabnya . ahaha .Cerita pasal kem plkn , seriously aku memang sedih sangat nak tinggalkan kawan-kawan dengan kem plkn DPR . Terimbau kenangan kami bersama dan saat-saat kami menyanyikan lagu plkn dengan penuh semangat . Walaupun kompeni kami (ALPHA) selalu berada di tangga terakhir namun itu tidak mematahkan semangat dan persahabatan yang terjalin antara kami . Walaupun sering berselisihan pendapat dan pandangan tetapi itu semua tidak menjadikan alasan untuk kami saling berpecah . Biar berpecah diri kerana perbezaan tempat tinggal asalkan jangan berpecah hati kerana persahabatan yang sedia ada ini . Walaupun aku tak mengalir air mata di depan kawan-kawan aku  , sebenarnya aku tetap menangis jugak . Menangis dalam toilet lepas Mizah,Mimi,Farrah,Ieka,Eyma (GENG KELATE) balik . Geng Kelate laa kawan-kawan pertama aku yang datang dari kelantan . Selama ini tak pernah aku rapat dengan kawan-kawan dari kelantan sehinggalah aku berjumpa geng kelate . Aku sayang hampa weh ! gomo kelate gomo ! Tak lupa jugak pada dua orang insan yang menjadi kawan rapat aku masa first kat kem mula-mula dulu iaitu Atiqua(atiqah) dan Acu(artikah) . Pergi bertiga , pulang pun bertiga . Aku sayang hampa dua ketat-ketat weh ! Orang kulim ! =)
Okaylah , maybe setakat nih jaa . Esok insha Allah aku sambung story lagi . nak rest sambil layan movie Twillight saga . kbai . take care . 

No comments: