Saturday, 12 July 2014

Aku budak PRA-U ?

 
Selamat pagi and good morning . unbelievable !! first word that i want to say . tak sangka aku dah jadi student pra-u . Actually dulu aku tak pernah berharap pun nak masuk form 6 . Dulu masa SPM selalu fikir nak masuk U . Semua orang macam tu kan ? yelah sapa tak nak masuk U . Bak pemikiran aku masa SPM dulu U lahh tempat yang gempak untuk sambung belajar . Kini tiada lagi pemikiran naif seperti itu . Now i set my mind , kita nak cari ilmu dan nak berjaya kat mana-mana pun boleh . betul tak ?

Sejujurnya masa aku kat plkn dulu aku jadi takut nak check UPU . takut kecewa . Then , aku beranikan diri untuk check guna mesej dan tidak lama kemudian mesej masuk . Ayat first yang aku baca ialah Segala dukacita dimaklumkan.... Aku terkedu dan tergamam . Takkan aku tak dapat ? Ya Allah aku betul-betul mengharapkan UPU setelah Matrik aku tolak mentah-mentah . Walaupun sebenarnya aku memang tak dapat Matrik , aku tak sedih dan tak kisah sebabnya aku tahu masih ada UPU .

Sehari semalam aku kecewa dan sedih . Nak buat aktiviti dengan kawan-kawan pun jadi tak tentu hala . Sampai aku menangis dalam toilet . *malu weh , haha . Last-last aku ambil keputusan untuk muhasabah diri dan cuba memotivasikan diri sendiri . Aku cuba menerima hakikat yang nyata . Meskipun aku kecewa , aku tidak pernah putus untuk berdoa . Then , abah suruh aku buat rayuan . Mungkin rezeki aku .

Pada malam yang aku sendiri tak ingat tarikh tu , aku jumpa cikgu untuk buat permohonan rayuan ke upu . Kebetulan masa tu aku dah dimaklumkan yang aku dapat masuk ke tingkatan 6 dalam jurusan sains . Masa aku dapat tau yang aku dapat sains terus otak aku set susah!! susah!! susah!! . Aku bagitau abah yang aku nak tukar aliran kalau nak masuk form 6 . 

Then , aku pun isi borang pelepasan awal untuk sambung belajar ke tingkatan 6 . Kiranya tamat latihan awal dari tarikh sebenar . Ofcourse la tak sempat nak menembak,flying fox dan segalanya tu . Rugi weh !! tapi demi belajar aku lepaskan . kalau aku tak balik nanti lepas plkn aku nak sambung mana . kan ? baik aku balik .

Bila aku dapat tau yang form 6 aku sekolah baru, berpakaian bebas (tiada lagi baju sekolah) aku jadi bersemangat balik nak sambung belajar selepas kecewa dengan keputusan UPU . Walaupun di fikiran aku form 6 tu susah dan mencabar , aku cuba untuk terima . Mungkin rezeki aku berada di form 6 . Lepas balik dari plkn , aku bersama kawan-kawan baru(my housemate) pindah masuk ke rumah sewa di taman mahsuri . Betul-betul di hadapan sekolah . Dekat sangat kalau nak jalan kaki . Walaupun aku baru masuk masa sekolah(campus) masa second day kami duduk di rumah sewa , aku cuba biasakan suasana baru di sekolah . Its my time to prove that I can be independent . Far from my parents . Aku pun terkejut bila mama dan abah benarkan aku duduk rumah sewa . Sebabnya nak berulang 20 minit dan tak dak transpot nak pergi balik sekolah . Actually aku lesen motor pun tak ambik -_- , haha .

Everything is depend on me . Alhamdulillah , my housemate is always giving cooperation and happiness through we are staying together . Every weeks we always back home . Boleh jugak lepaskan rindu kat family . hihi

Setelah masuk form 6 aku dah tak fikir lagi pasal UPU . Aku dah buang semua rasa kekecewaan dan kesedihan aku . Bila check keputusan rayuan UPU , aku still dapat ayat dukacita dimaklumkan tu ... so aku dah nampak bahawa rezeki aku berpihak untuk sambung belajar di tingkatan 6 . Aku rasa lebih tenang bila aku sentiasa memberikan semangat dan motivasi pada diri sendiri . Pada 4 jun 2014 , aku pergi ke sekolah untuk daftarkan diri dan isi borang pertukaran aliran . Pada hari khamis minggu first aku masuk sekolah tu , akhirnya dapat jugak aku tukar masuk ke kelas seni , 6R7(PRUK7) . Sepanjang hari ahad sampai rabu tu aku duduk di kelas sains (6RS1) . Dapat jugak laa aku alami suasana belajar dalam kelas sains . Sebabnya kelas tu tak bising , no boys dan ada budak-budak yang rajin study . Walaupun aku tak boleh nak masuk dengan subjek yang diaorang belajar , aku cuba untuk fahami apa benda yang diaorang belajar . Terus otak aku set , this is complicated and susahh !! HAHA ..

Sekarang aku dah nampak banyak kelebihan berada di tingkatan 6 . Aku dah tak pedulikan lagi segala tawaran atau mesej yang aku terima untuk aku sambung belajar di tempat lain terutamanya swasta . Better form 6 , jimat duit mama abah aku . mungkin aku duduk rumah sewa tu laa yang beban sikit tapi takpa aku cuba berjimat-cermat . hihi

So now I want to study hard and study smart to get 4 flat and A in exam . 4 flat ingat senang ka wehh ? takpa,at least aku ada matlamat dan impian untuk berusaha dapat apa yang aku nak . Nanti habis form 6 boleh sambung degree . yeahh !! haha . teruja lebih .

Okaylah panjang lebar aku taip , so I stop here . Good luck for you too =)
*maaf kalau ada kata-kata yang buat anda tersinggung atau terasa hati . tak ada niat pun .

NEW! cinta tak terbias [VIDEO|LIRIK]

 
Selamat pagi dan mulakan hari ini dengan senyuman . Actually hari ni aku dah berjaya upload video lirik lagu terbaru yang aku buat semalam . Sepatutnya semalam aku dah upload tapi disebabkan notebook aku nih sakit dan selalu 'hang' so aku tak jadi nak upload . Sebelum upload tu ada jugak laa edit sikit-sikit mana yang tak kena tu . Sorry sangat-sangat kalau ada yang tak kena di mata anda ketika menontonnya , aku hanya manusia biasa . tidak sempurna . haha , ayat tuu . nampak dak ..

tajuk lagu:cinta tak terbias
penyanyi:aepul roza (drama band)
background image,tulisan,opening and ending is credit to me , hehe =)



harap semua enjoy bila dengar lagu nih . jiwang-jiwang sat di bulan puasa nih . nanti bila-bila masa aku akan buat video yang islamik pulak . Insha Allah . doakan aku semoga berjaya menyiapkan video islamik yang PERTAMA !

so selamat berpuasa dan salam ramadhan !!