Sunday, 3 May 2015

BELAJAR

 
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku menghadapi peperiksaan sebenar penggal 2 STPM 2015.Memang aku mengaku yang mental dan fizikal aku belum ready sepenuhnya tapi dalam masa yang ada ini aku akan cuba lengkapkan apa yang masih belum terisi dalam diri aku.Contohnya, ilmu dan penguasaan aku mengenai topik-topik tertentu.Bila tengok housemate aku sungguh-sungguh belajar dan fokus aku jadi bersemangat nak belajar.Timbul keinginan nak berusaha untuk capai apa yang aku rancangkan selama ini.
Tak mustahil untuk dapatkan 4 flat dalam STPM tapi untuk menjadikan sesuatu yang tak mustahil supaya menjadi kenyataan memerlukan usaha,komitmen dan fokus yang bersungguh-sungguh di samping tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Aku pernah rasa hilang semangat untuk belajar tapi aku sedaya upaya memberikan motivasi kepada diri aku sendiri.

Sebenarnya, aku lebih banyak bersama telefon selain daripada belajar.Itu salah satu faktor yang menyebabkan aku jadi malas nak belajar.Faktor paling terbesar masa aku dalam kelas adalah mengantuk.Setiap kali waktu kelas aku mesti mengantuk.Fokus aku hanya setengah jam pertama then fokus aku automatik akan hilang selepas tu.Aku pun tak pasti sejak bila mengantuk ni mula menguasai aku sedangkan aku selalu tidur cukup masa.Mungkin aku kurang aktif sebab tu aku selalu mengantuk.maybe la...

Aku perasan yang aku lebih rajin sejak berada di tingkatan 6 berbanding masa aku form 4 and form 5.Subjek aku ambil masa SPM punyalah banyak tapi tak ada laa rajin sangat.Mungkin kesan dia lepas aku dapat result SPM kut.Result yang tidak mencapai target.Mungkin tu sebabnya aku usaha nak bagi capai jugak apa yang aku nak.Aku harap sangat motivasi diri aku untuk terus belajar tak luntur sebab aku tak nak sia-siakan masa hidup aku dengan tidak belajar atau tidak menuntut ilmu di bumi Allah ini.





4 comments:

Zafirah Jamaludin said...

Semoga Berjaya :)

Anonymous said...

Saya nk bertanyaa lah kak, saya ada ulang paper sejarah. Klau lah saya ulang result saya teruk drpd exam sebenar adakah nnti result keseluruhan diorang akn ambil result sebenar atau ulangan tu? Ka diorang ambil yg lbih bail?

emma ashri said...

jangan risau, mereka akan ambil result yang terbaik antara dua² paper.

emma ashri said...

jangan risau, mereka akan ambil result yang terbaik antara dua² paper.