Thursday, 14 May 2015

Repeat ?

 
Selamat malam....

Sihat? Kalau sihat Alhamdulillah.Tiba-tiba,aku pulak yang rasa tak sihat.sebabnya? esok dah start peperiksaan STPM penggal 2 2015!! tapi aku tak ada paper esok.aku start selasa minggu depan baru ada paper.

SELASA-PENGAJIAN AM
RABU-BAHASA MELAYU dan PENGAJIAN PERNIAGAAN
KHAMIS-SENI VISUAL

Seriously, aku takut dan gementar.cepat betul masa berlalu.tak sangka dah final semester 2.apa-apa pun aku harap aku boleh jawab dengan baik dan boleh score pointer yang lebih baik dari percubaan baru-baru ini.

Cerita bab repeat, actually sekolah aku terutamanya upper student laa sibuk sungguh dengan pendaftaran peperiksaan ulangan penggal 1.Beli no pin la apa laa.maklumlah tarikh daftar nak tutup dah.semua sibuk cari duit nak repeat.

Actually aku pun repeat satu subjek.Subjek pengajian am.Ramai kawan-kawan cakap, "result hang elok dah kut.Kenapa nak repeat?"

then, aku jawab "aku nak baiki pointer dan nak cover subjek pengajian am penggal 1 sebab penggal 2 dan 3 nih aku belum tentu boleh dapat A.At least aku ada boleh recover dengan result penggal 1."

Bukan nak tunjuk pandai or something tapi bagi aku, itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk aku get ready untuk recover balik apa yang patut.Lebih kurang macam perancangan masa depan la.Aku tak ada laa yakin sangat yang aku boleh dapat A dalam subjek tu tapi at least aku cuba dan usaha dapat yang lebih baik daripada yang sedia ada.tak salahkan?

Tapi Alhamdulillah, aku dah daftar kat cikgu Asiah tadi dan terima kasih kat abah sebab tolong beli no pin then mai tolong hantar.Sorry sangat sebab menyusahkan abah dan membazir duit abah semata-mata nak repeat lain.Insha Allah, kakak akan usahakan sampai berjaya dapat apa yang kakak target.

Actually,satu subjek nak repeat bersamaan RM 50.00.Beli no pin kat Bank Simpanan Nasional(BSN).Caj GST RM 1.10 kut kalau tak salah.Kalau silap mintak maaf la yer.hehe..

Ada jugak classmate aku yang repeat sampai 4 paper(semua subjek).Seriously, banyak kut.Dah laa dengan semester 3 lagi.Banyak benda nak kena study, nak kena kejar.Kalau aku seriously tak mampu.Aku sebagai kawan hanya dapat tolong apa yang patut aje dan berdoa supaya Allah permudahkan urusan kami semua dalam menuntut ilmu dan menjawab exam.Bukan senang nak berjaya dan bukan susah untuk gagal tetapi aku akan usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2015 selepas kegagalan SPM 2013.Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya.Apa yang penting tiada istilah berputus asa dalam kehidupan...

Bukan nak menunjuk tapi saja nak bagitau sebab bila dah baca post aku nih mesti tertanya-tanya jugak apa result aku sampai nak repeat kan?So, this is my result for semester 1 STPM 2015.Mesti hampa akan kutuk aku,tapi takpa aku terima..



No comments: