Friday, 27 November 2015

LANGKAWI 2015




TARIKH: 19 Mac hingga 21 Mac 2015
TEMPOH: 3 Hari 2 Malam
DESTINASI: Pulau Langkawi
TUJUAN UTAMA: Melawat LIMA 2015 (Langkawi International Maritime and Aerospace)


HARI PERTAMA (19/3/2015)

JETI KUALA PERLIS

Rombongan keluarga sebelah abah seramai 3 buah family dan sepupu-sepupu yang lain. Kesemuanya dalam 19 orang.
Kami bertolak dari rumah masing-masing dan berkumpul di JETI KUALA PERLIS. Sementara menunggu kehadiran yang lain, kami sekeluarga sempat mengambil gambar sebagai tanda kenangan.


aku jadi photographer sebab tu takdak, hehe
 
Abah and zulaikha

Selepas itu, kami semua berkumpul dan menunggu giliran untuk menaiki feri. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya kami menaik bot dengan selamatnya.





JETI  KUAH LANGKAWI

Kami tiba di JETI KUAH LANGKAWI. Selepas keluar daripada jeti, kami menunggu kehadiran beberapa orang untuk menghantar van dan kereta yang telah disewa. Kesesakan orang ramai membuatkan kami semakin berpeluh-peluh ditambah pula dengan cuaca panas ketika itu. Setelah sejam lebih menunggu, akhirnya van dan kereta sewa yang dinanti tiba juga. Tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan ke rumah apartment yang disewa di bawah syarikat yang abah kerja iaitu PENANG PORT SDN BHD. Rumah tersebut terletak di tingkat bawah sekali dan kawasan apartmentnya dinamakan SRI LAGENDA GARDEN RESORT.

Penantian kami belum berakhir kerana terpaksa menunggu lama kehadiran tuan rumah yang menjadi penjaga dan pemegang kunci rumah tersebut. Memang letih bila asyik tunggu orang yang tak sampai-sampai. Haha.

Then, dapat kunci terus masuk dalam rumah. 




Kononnya nak rehat, tidur dan macam-macam lagilah. Geng kereta pulak dah keluar beli makanan dan minuman bungkus sebab lambat sangat tunggu kunci pun.

Lepas geng kereta sampai, kami menikmati dahulu makanan dan minuman masing-masing sebab lapar sangat-sangat dah. Lepas makan barulah mandi, sembahyang dan tidur.

Pada sebelah petang, selepas asar kami bertolak keluar dari rumah menuju ke satu tempat yang aku tak sure nama dia apa, haha. Katanya nak jalan-jalan atau shopping apa-apa. Aku, mama and adik-adik sempat jugaklah borong keychain banyak-banyak buat cenderahati dari Langkawi untuk kawan-kawan. Selepas itulah barulah kami bertolak ke Dataran Lang.

Di sana kami mengambil gambar, berjalan-jalan dan tengok sepupu-sepupu yang kecil sedang main kipas terbang. Seronok bila lepak ramai-ramai waktu malam. Malam tu memang ramai yang sedang lepak kat Dataran Lang.

adik aku duk kat atas tu. nampak dak? haha.
malam-malam tangkap gambar ceni laa.





so, kat sini aku selitkan sikit info pasal dataran lang. selamat membaca!

SEJARAH DATARAN LANG
Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiMalaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.
sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Lang

Sebelum balik, kami singgah di salah satu kedai makan tepi jalan untuk mengisi perut.
Selepas itu, kami balik ke rumah sewa dan tidur. Tak sabar kami untuk memulakan perjalanan pada keesokan hari!


HARI KEDUA (20/3/2015)


Pagi itu seperti biasa, kami bertolak keluar awal pagi untuk bersarapan pagi. Kami singgah di sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari JETI KUAH LANGKAWI. Selepas kenyang kami bersarapan, kami terus bertolak menuju ke destinasi utama iaitu LIMA 2015 yang diadakan di Langkawi International Airport. LIMA diadakan 2 tahun sekali di Pulau Langkawi, Malaysia. Pada tahun ini, LIMA diadakan bermula tarikh 17 mac sehingga 21 mac 2015.

Berdasarkan kesempatan masa yang kami ada, kami mengambil peluang ini untuk melancong ke Langkawi bagi melihat sendiri bagaimana exhibition yang diadakan oleh LIMA. Peluang ini jarang sekali diperolehi memandangkan terlalu ramai orang yang ingin melawat LIMA. Kesesakan jalan raya yang berjam-jam tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan niat melawat LIMA 2015.

Masa perjalanan tu, kami singgah berhenti di atas sebuah kawasan bukit. Kami sempat jugaklah tengok LIMA dari atas dan ada beberapa jet yang sedang membuat pertunjukkan. Best! Panas tak payah cakaplah . tengah hari rembang kut. Haha. Sesi rakam merakam berlanjutan sampai semua orang ambil keputusan untuk teruskan perjalanan.


kecik and jauh. tak nampak sangatlah.
zoom sampai habih dah nii. macam tak cukup zoom ja ni

selfie! selfie! hahaha.


Kesesakan yang padat seperti di KL melambatkan perjalanan. Namun masing-masing masih sabar menunggu. Akhirnya sampai jugak di kawasan parking. Selepas masing-masing memarkirkan kereta dan van, kami berjalan kaki untuk masuk ke dalam kawasan LIMA. Kami dikehendaki membayar tiket untuk masuk. Aku dah lupa berapa bayaran dia. Kalau tak silap RM10 rasanya.

ni haa tiket dia.
macam gelang nak masuk taman tema air pulak.

Masuk kat situ memang terpegun jugaklah sebab macam-macam ada. Dapat tengok real dan dekat. Tu yang best. Lama jugaklah kami merantau kat dalam tu. Kebetulan petang tu mereka ada buat pertunjukkan. Sanggup aku berdiri tengah panas seorang diri sebab nak tengok semua tu. Masa tengah jalan kat kawasan padang tu aku sedar yang lain dah hilang entah ke mana. Aku cari tapi tak jumpa. Last-last aku ronda sorang-sorang kat situ. Malas nak cari dah. Hahaha. Lagipun ada handset kat aku. Apa-apahal nanti depa call laa aku. Hehe. Dah puas jalan aku jalan balik ke pintu keluar dan kat situ jugaklah aku nampak family aku duk lepak kat bawah khemah. Aku pun tak jadilah nak keluar. Terus lepak dengan family aku kat situ. Banyak jugaklah orang luar negara. Hat hensem pun ada tak hensem pun ada. Baju atau uniform bukan main kemas lagi. Segak bergaya! Haha.





my cousins




pertunjukan
































family cu *mak saudara/adik abah


















paksu yusri

my family




















Last tu, pak su call kata depa dah keluar. Nak balik dahh. Wuuu, sedihnya.. family kamilah orang terakhir keluar sebab yang lain-lain dah keluar tunggu di luar.

PANTAI PASIR HITAM

Kami geng van terus singgah di pantai pasir hitam. Kat situ kami makan tengah hari sekali makan petang laa, haha then kami shopping kain baju kat situ. Aku borong 5 helai baju. Haha. Shopping sakan la sebab murah. Boleh tawar menawar lagi. Masa semua tengah makan aku kena jaga adik aku yang si kecil ni. Dia boleh lena pulak dalam van. Dahlah panas boleh lagi landing. Mungkin letih sangat kut. Lepas tu aku tukar giliran dengan adik aku sorang lagi untuk jaga zulaikha sebab aku pun makan jugak. Dahlah lapar! Order tomyam bakhang! Perghhh , sedap kaw-kaw gitu.. haha

shopping lailai..

lapar wehhh...


Selepas selesai segalanya kami bertolak balik ke rumah. Masing-masing dah letih penat nak rehat, mandi dan semuanyalahh. Walau apapun yang jadi, aku puas hati sebab dapat masuk LIMA 2015 buat kali pertama dalam hidup aku!

HARI KETIGA (21/3/2015)


Pada waktu pagi seperti biasa, sarapan dulu untuk isi perut. Hari ni adalah hari last kami berholiday kat Langkawi. Petang dah nak balik dah. Lepas semua siap, kami angkat barang siap-siap, kemas dan simpan rumah seperti sediakala. Then serahkan kunci semula kepada orang yang bagi kunci masa awal dulu.

KOMPLEKS HIG (HAJI ISMAIL GROUP)

Kami keluar awal sebab nak pergi shopping. Kami shopping kat KOMPLEKS HIG. Semua pakat borong macam-macam laa especially coklat. Semuanya beli walaupun sebelum ni tak pernah beli. Haha. Time tu pulak COKLAT DAIM habis. Tak sempat nak merasa DAIM LANGKAWI. Cehhh! Balik kecewa tanpa daim. Waaaa…

Lepas settle semua, kami singgah di kedai makan. Nak isi perut dulu sebelum bertolak balik. Last time makan kat Langkawi dah ni. Penuh kami adik beradik dalam kedai tu. Kedai tu pun bukannya besar mana.

Lepas makan kami terus ke JETI KUAH LANGKAWI. So, keluar dari van angkut barang and then kumpul kat satu tempat. Sementara tunggu time and feri nak sampai, semua pakat berpecah. Jalan-jalan kat situ. Macam-macam jenis kedailah ada dalam tu. Ada jugak orang jual cap, brooch, lencana dan lain-lain yang berkaitan LIMA 2015. Memang lama jugaklah kami tunggu.

Tunggu..

Makan..

Sembang..

Jalan-jalan..

Tunggu lagi..

Then, dah sampai masa kami perlu bertolak balik. Naiklah feri. Orang? Macam biasa. Pergi balik semua ramai. Kami berpisah di JETI KUALA PERLIS dan pulang ke rumah masing-masing.


ni haaa tudiaa... barang kami borong.
haha. khas from LANGKAWI.


btw, kenangan kami selama 3 hari 2 malam masa kat sana aku takkan lupa sampai bila-bila. So, aku sarankan hampa pergilah ramai-ramai LIMA pada tahun 2017 nanti. Okay? 

Thank you sebab sudi baca sampai habis, hehe.

No comments: