Wednesday, 6 January 2016

Pengalaman pertama bekerja

 
First word I want to say is ALHAMDULILLAH. Why? Sebab aku dah dapat kerja. Macam mana aku dapat kerja, meh nak cerita. Pada hari khamis 31 Disember 2015, waktu petang tu aku keluar seorang diri naik motor pergi topup dan terus pergi ke petronas yang tak jauh daripada rumah aku sebab abah aku cakap pi la tengok kat petronas kut depa cari orang. So aku pun pi jelaa. Direct tanya kat kaunter, time tu kak teha tengah kerja dengan muiz. So, diaorang cakap call nombor kat depan ni. Aku pun ambil la nombor tu then balik rumah. Masa kat rumah aku call Puan Rohaya atau semua orang panggil Kak Ya. Dia cakap suruh hantar maklumat peribadi melalui mesej. Nanti baru dia panggil interview. 

Pada hari jumaat, 1 januari 2016, Kak Ya mesej suruh hadir temuduga pagi esok pukul 10.So, pagi 2 januari 2016 tu aku pun pi lahh interview. time tu aku dengan dua orang budak india, sorang lelaki, seorang perempuan tengah tunggu nak interview. Masa Kak Ya sampai, aku orang first panggil masuk IV dulu sebab aku orang first sampai. Sambil tunggu sembang jugaklah dengan Kak Teha. Masa IV, Kak Ya belek-belek sijil dan tanya pasal aku dan family aku. Then dia cakap bila boleh start? Aku pun cakap anytime. bila-bila boleh. maklumlah orang menganggur. takde benda yang busy pun.

Then, Kak Ya suruh aku start petang tu jugak. Kira shift petang la. Pukul 3 start sampai 11.45 malam. First day kerja memang letih sebab berdiri lama. Aku jadi cashier. Muharam ajar aku bab-bab cashier termasuk Kak Ina sekali yang banyak tolong aku. Rasa macam nak give up je masa first day kerja sebab banyak benda dan serabut. Maklumlah tak cekap lagi. Tapi aku tahankan diri and motivate diri sendiri. Kalau orang lain boleh kenapa aku tak bolehkan? so, first day aku berjalan lancar dengan tiada shot. Over ada 10 lebihh. haha.

Setakat hari ni, aku dah pernah kerja shift petang dan shift pagi sehari. Hari ni hari rabu so aku cuti. Seminggu sekali je cuti. Aku masih dalam proses pembelajaran untuk betul-betul cekap bab cashier. Alhamdulillah senior-senior semua banyak tolong aku bila aku tanya or tak faham apa-apa. Masa hari kedua aku kerja tu aje shot setakat hari ni. Kalau boleh nak elak la shot-shot semua tu. Kerja cashier ni kena amanah sebab duit orang. Duit hilang ka apa gaji kita sekali bermasalah. Jadi inilah pengalaman kerja aku yang pertama kali. Dulu lepas SPM aku tolong ustazah aku ajar budak mengaji je. So, tak susah mana. Sekarang baru rasa susah senang kerja cari duit sendiri. Alhamdulillah, aku puas hati sebab dapat kerja dengan usaha aku sendiri. Masa aku pi interview tu pun abah aku taktau. lepas IV  dapat kerja baru aku bagitau abah. haha.

Insha-Allah lepas ni aku akan kerja dengan lebih baik. sambil kerja sambil belajar sambil dapat pengalaman. Tu baru namanya adventure! 3 in 1 dapat. Tak rugi. Aku tak peduli apa orang kata sebab orang cakap kerja petronas tambah-tambah cashier susah, kena jaga betul2 dan macam-macam lagilah. Bagi aku yang tulah adventure.. aku akui yang aku pernah nak give up dulu tapi lepas motivasi diri sendiri dan yakin boleh, Alhamdulillah sampai sekarang masih kerja. Cuma baju aje tak dapat lagi. So, aku harap lepas ni semua urusan aku dipermudahkan. Terima kasih mama dengan abah sebab support dan beri nasihat,cadangan dan ambil berat pasal aku yang baru first time kerja, hehe =)

thank you for reading!

No comments: