Monday, 18 April 2016

Feedback:THE HUNTSMAN WINTER'S WAR

 
Today aku nak cerita pasal THE HUNTSMAN:WINTER'S WAR sebab semalam aku dah selesai menonton movie bergenre adventure fantasy nih with four ladies. So, based on that aku nak kongsilah jalan cerita dia and watak-watak dalam movie nih. So, just read sampai habis, okay?

Bagi yang dah pernah tengok cerita nih, korang akan perasan beberapa watak-watak dia adalah daripada cerita SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN. So, actually sebenarnya cerita ni adalah sequel daripada cerita snow white tu lahh. Dalam cerita snow white tu, Charlize Theron sebagai Queen Ravenna dan Chris Hemsworth sebagai Eric, the huntsman (pemburu).


Sebenarnya movie The Huntsman Winter's War tu adalah cerita sebelum Snow White and The Huntsman. Kalau ada yang perasan dalam movie snow white tu si Eric ni adalah duda yang kematian isterinya. Isteri dia yang meninggal tu nama Sara, iaitu watak dalam The Huntsman Winter's War. So, kalau nak tau kisah kehidupan si Eric dan Sara ini dibesarkan, tengoklah movie The Huntsman Winter's War ni. Dalam Snow White tu mengisahkan tentang snow white dan pertemuan antara snow white dan Eric.


The Huntsman Winter's War ini mengisahkan tentang Queen Ravenna dan Queen Freya yang mempunyai kerajaan sendiri. Ceritanya bermula dengan Queen Freya iaitu adik kepada Queen Ravenna yang bertunang dengan Duke Of Blackwood dan disahkan mengandung. Selepas kelahiran anak perempuan mereka, Queen Freya sangat gembira dan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Pada masa yang sama, Queen Ravenna menyoal cermin saktinya tentang siapakah wanita yang paling jelita di dunia ini. Cermin Sakti itu pun menjawab, buat masa sekarang Queen Ravenna yang paling jelita tapi Queen Freya sedang mengandungkan seorang bayi perempuan dan selepas anak itu dilahirkan dan membesar, maka anak Queen Freya akan menjadi wanita yang paling jelita. Saat itu, Queen Ravenna telah nekad untuk membunuh anak adiknya sendiri namun niat itu tidak diketahui oleh Queen Freya. Queen Ravenna telah menghasut Duke secara perlahan untuk membunuh anak perempuannya sendiri. Setelah anaknya mati dibunuh, Queen Freya muncul dan melihat sendiri anaknya mati di tangan lelaki yang dicintainya. Queen Freya berasa sangat sedih dan marah lalu terus membunuh Duke dengan kuasa aisnya.

Queen Freya membawa diri dan meninggalkan kerajaan. Dia memulakan kehidupan baru dengan membina kerajaannya sendiri dan istana aisnya jauh di kawasan utara. Queen Freya mengerahkan tentera yang menjadi pengikut setianya untuk menentang sesiapa sahaja yang menghalang mereka ketika misi mengumpulkan kanak-kanak dari kawasan perkampungan. Kanak-kanak yang dikumpulkan itu dibesarkan dan dilatih untuk menjadi tentera supaya hati mereka keras. Queen Freya juga telah membuat satu undang-undang iaitu dilarang bercinta atau berkasih sayang. Setelah bertahun-tahun dilatih, Eric dan Sara diklasifikasikan sebagai pahlawan yang hebat dalam kalangan mereka. Walaupun undang-undang itu telah diketahui oleh mereka, mereka tetap saling mencintai antara satu sama lain sehinggalah kisah percintaan mereka diketahui oleh Queen Freya. Queen Freya sangat marah dan sedih kerana rasa dikhianati, dia memerintahkan tenteranya untuk menentang Sara dan Eric. Setelah berjaya dikalahkan oleh Eric dan Sara, Queen Freya membina tembok ais di antara mereka berdua ketika mereka berdua saling mendekati. Daripada padangan tembok itu, Eric melihat Sara dibunuh oleh rakannya sendiri. Eric menangis dan bersedih atas kematian Sara manakala Sara melihat Eric pergi meninggalkan Sara melalui tembok ais itu. Hakikatnya mereka tidak dibunuh atau saling meninggalkan antara satu sama lain. Mereka ditipu oleh ilusi tembok ais itu untuk memisahkan mereka berdua.

Selepas tujuh tahun kemudian, Queen Ravenna telah mati di tangan anak tirinya iaitu Snow White dan Raja William Tabor telah mencari dan menemukan Eric si pemburu. Raja William mengkhabarkan tentang kehilangan cermin sakti yang dibawa ke Taman Perlindungan. Ketika perbualan mereka, Eric menyedari bahawa Queen Freya mendengar perbualan mereka melalui topeng mata yang dihantar untuk menjadi spy kepada Eric dalam bentuk burung hantu. Eric terus membaling pisaunya tepat ke arah burung hantu itu dan burung itu jatuh berkecai seperti ais.Eric nekad untuk mencari cermin itu supaya cermin itu tidak jatuh ke tangan Queen Freya. Eric memulakan pencarian bersama sekutu Snow White iaitu Nion dan Gryff, orang kerdil. Semasa perjalanan mereka bertemu dengan mayat-mayat askar-askar yang mati dibunuh sesama sendiri ketika membawa cermin itu.

Mereka meneruskan perjalanan dan berehat di satu tempat. Ketika minum, mereka diserang hendap oleh kumpulan pemburu lain. Kemudian saat Eric hampair dipancung kepalanya, Sara muncul dan menyelamatkan Eric. Sara amat marah kepada Eric kerana Eric pernah meninggalkannya dulu dan Eric tidak percaya bahawa Sara masih hidup sedangkan dia melihat sendiri bagaimana Sara dibunuh.Mereka bertengkar dan Eric percaya bahawa mereka ditipu oleh tembok ais itu namun Sara tidak percaya.Mereka meneruskan perjalanan dan tiba-tiba mereka ditangkap dalam perangkap orang kerdil yang bernama Bromwyn dan Doreena.Eric meyakinkan Bromwyn untuk melepaskan mereka pergi. Bromwyn memberitahu bahawa goblin selalu memburu barang-barang berharga berhampiran dengan Taman Perlindungan di mana semua yang pergi ke situ tidak pernah kembali hidup-hidup.Mereka membuat perjanjian dan Bromwyn dan Doreena bersetuju dan mengikut mereka untuk mengambil cermin sakti itu.Ketika sampai di sana, mereka diserang hendap oleh goblin namun mereka berjaya mendapatkan cermin sakti itu.Pada malam itu, mereka berehat sebelum menyambung semula perjalanan pada keesokan harinya.

Pada pagi keesokkan harinya, Eric hampir dihasut oleh cermin sakti itu untuk membunuh dan nasib baik Sara sempat menyedarkannya.Tidak lama kemudian Queen Freya muncul bersama tenteranya.Queen Freya membekukan Nion dan Doreena. Queen Freya memerintahkan Sara untuk membunuh Eric dan mereka mengambil cermin itu dan dibawa pulang ke istana ais.Sara terus mengambil busur dan panah kemudian terus memanah tepat ke arah dada Eric.Bromwyn dan Gryff menyangkakan Eric sudah mati.Tidak lama kemudian, Eric tersedar dan bangun semula.Gryff mengatakan bahawa Sara tersasar kali ini.Eric dengan yakinnya menjawab bahawa Sara tidak pernah tersasar.Sara memanah tepat ke arah rantai berloket besi milik Sara yang dipakai oleh Eric.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan dan mula merancang untuk membunuh Queen Freya.Queen Freya mengkatifkan cermin sakti itu dan kemudian cermin itu membentuk satu tubuh lain yang amat dikenalinya iaitu Ravenna. Freya terkejut dan dia menyangka kakaknya sudah mati. Ternyata Ravenna telah meninggalkan jasadnya dan tinggal di dalam cermin itu sehingga dia dibebaskan. Sementara itu, Eric, Bromwyn dan Gryff menyusup masuk ke dalam kerajaan ais itu dan Eric memanah tepat ke arah Queen Freya untuk membunuhnya namun dihalang oleh Ravenna.Sara juga mula menyerang namun cepat ditangkas oleh Freya. Eric dan Sara ditangkap dan mereka dihukum bunuh kerana melanggar undang-undang kerajaan ais. Eric meyakinkan rakan-rakan pemburunya yang lain untuk menyertai mereka menentang Freya dan Ravenna serta membuktikan kasih sayang sebagai saudara bukan satu dosa.Saat hampir dipancung, Tull sebagai orang yang ingin menjatuhkan hukum bunuh terhadap mereka telah memotong besi yang digari di tangan Sara dan Eric.Eric dan Sara terkejut namun mereka bangga dengan sokongan rakan mereka.Mereka kemudian diserang oleh Ravenn dan mereka saling bertahan dan berlawan antarasa satu sama lain.Queen Freya berasa marah dengan tindakan Ravenna yang berkuasa ke atas kerajaannya dan membunuh anak-anak yang dibesarkannya.Lalu Queen Freya membina tembok ais yang tinggi untuk menghalang tindakan Ravenna.

Mereka kemudian saling berhujah dan bertengkar.Ravenna tidak menyangka bahawa Freya masih lagi belum kuat dan masih tersimpan rasa kasih sayang dalam dirinya sedangkan dia sudah melakukan seuatu untuk mengeraskan hati adiknya itu.Queen Freya terkejut dan bertanya apakah yang dia lakukan sebelum ini namun tidak dijawab Ravenna.Freya memegang wajah kakaknya dan melihat sendiri bagaimana Duke disihir dan dihasut untuk membunuh anak perempuannya sendiri.Freya berasa sangat sedih dan marah .Dia tidak menyangka Ravenna sanggup berbuat sedemikian sedangkan dia amat menyayangi kakaknya itu.Kemudian mereka saling berlawanan.Pada masa yang sama, Eric,Sara dan pemburu yang lain sedang memanjat tembok ais itu.Ketika mereka hampir turun, Ravenna membunuh Freya.Tembok ais itu kemudian jatuh dan pecah.Ravenna menyerang Eric,Sara dan pemburu-pemburu yang menentangnya ketika itu.Freya ketika itu tetap berlawan walaupun sedang nazak untuk melindungi anak-anaknya daripada Ravenna. Saat itu juga, Freya menggunakan kuasa aisnya untuk mengeraskan cermin itu dan kemudian Eric melontarkan kapaknya tepat ke arah cermin itu.Cermin itu pun pecah berkecai dan Ravenna jugak turut mengeras seperti emas dan pecah.Ravenna akhirnya mati kerana nyawanya terikat dengan cermin sakti itu.Eric dan Sara saling berpelukan dan gembira semuanya sudah berakhir.Freya menyaksikan penyatuan dua hati yang saling mencintai itu dengan senyuman dan kata terakhir iaitu awak berdua sangat bertuah.Kemudian Queen Freya melelapkan matanya buat selama-lamanya.Kini mereka semua sudah bebas daripada kerajaan ais Queen Freya dan penyihir jahat si Ravenna.Jajahan Snow White semakin meluas dan kuat.Eric,Sara,Bromwyn,Gryff,Doreena dan Nion saling meluahkan perasan sayang dan cinta antara mereka.




So, macam nilah jalan cerita dia. Best kan? penuh dengan adventure. aku suka tengok cerita adventure macam ni.Plot cerita yang menarik dan diselitkan dengan tingkah orang-orang kerdil yang lawak.Mengajar erti kesetiaan, pengkhianatan dan kasih sayang antara manusia.Bagi aku, cerita ni sesuai untuk orang yang berusia 18 tahun ke atas sebab ada part kiss scene. Kalau budak-budak nak tengok pastikan kiss scene tu tak ada yer.HAHA :)

I like:

  • animation and CGI dia. awesome!
  • sound effect
  • sundtrack yang rancak
  • pelakon-pelakon yang menghidupkan watak
  • pakaian yang dipakai oleh Queen Freya memang lawa
  • teknik-teknik lawan dan memanah

Okay thank you for reading!

No comments: