Sunday, 10 April 2016

Review Movie Anime: SHISHA NO TEIKOKU

  
Harini aku nak review satu movie anime yang aku rasa macam best. Rasanya la sebab aku tak tengok lagi movie dia tapi dah lama aim nak tengok. Hehe. So, kalau rasa review yang aku buat ni menarik minat hampa semua nak tengok, jemputlah tengok movie anime ni. 

Now nak describe dia punya movie dulu. hehe. Tajuk movie ni adalah SHISHA NO TEIKOKU dalam bahasa jepun manakala dalam bahasa inggeris tajuknya adalah THE EMPIRE OF CORPSES. Kenapa aku cakap movie ni macam best? sebab genre dia adalah psychological,adventure dan science fiction. tu genre yang aku minat tu. hehe. Movie ni di'released' di jepun pada 2 Oktober 2015. Kemudian movie ini dilesenkan di Amerika Utara oleh FUNIMATION yang memberikan kebenaran untuk movie itu ditayangkan di pawagam tertentu pada 19 dan 20 april 2016. Pengarahnya bernama Ryoutarou Makihara. Movie ini ditonton selama 120 minit bersamaan dengan 2 jam. Sekejap je, tak lama pun.



                                                    

Movie ini juga adalah sebahagian daripada siri movie berdasarkan novel yang ditulis oleh Projek Itoh. Okay sekarang kita continue part sinopsis, plot atau jalan cerita dia yang serba ringkas.

Movie ini mengisahkan pada abad ke 19, mayat-mayat yang dikembalikan semangatnya berazam dengan jiwa palsu mereka telah digunakan untuk melakukan kerja-kerja kasar seperti buruh untuk tujuan pembangunan industri. Kehidupan itu dinamakan Frankensteins. Pihak kerajaan pula telah mengintip John Watson dan menjadikannya sebagai ejen rahsia. John Watson dijemput untuk menyertai kongsi gelap dan pelajar perubatan muda ini diberikan misi untuk mencari semula hasil tulisan-tulisan yang hilang milik Dr. Victor Frankensteins. Dari situ, pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh John Watson bagi menjayakan misinya. Satu-persatu rahsia yang tidak diketahui dapat dterokai.

So, apa yang jadi sebenarnya dekat John Watson ni? Kalau nak tau kena tengok la movie Shisha No Teikoku ni. Anime ni satu je, jangan harap ending dia macam yang kita nak. kadang-kadang ending tertanya-tanya tapi yang buat anime ni jadi menarik adalah plot cerita dia. thats why aku suka tengok anime yang genre dia adventure nihh. Dulu aku suka gila layan anime Shingeki no kyojin (Attack On Titan). First time terpikat dengan movie dia dulu then baru layan series anime dia. Best bapak ahh! tapi ending dia macam aku cakap tadilah, tak seperti yang diharapkan. Samalah macam kehidupan kita ni, ending yang tidak pasti dan tidak akan diketahui. So, selamat menonton anime guys!


note: Nanti kalau aku dah tengok and kalau jalan cerita dia berlainan dengan sinopsis yang aku review ni, aku akan review semula.

No comments: