Thursday, 14 April 2016

FEEDBACK: THE JUNGLE BOOK

 
Good evening semua. Petang ni aku berkesempatan nak bagi feedback pasal movie terbaru kat wayang iaitu tajuk movie dia THE JUNGLE BOOK. Pada yang dah tengok mesti dah tau jalan cerita dia macam mana and how adventure si Mowgli tu hadapi kan?

Asalnya plan nak tengok bertiga memandang kami bertiga je kerja shift pagi time tu tapi tak jadi sebab si Amir ni ada family problem sikit. So, aku dan kak teha pergi berdua dating tengok wayang. Ahaha. Yang paling best tu siap pakai baju kerja lagi. Semua orang usha macam buat dosa besar pulak. Alaa, rileks la pakai baju petronas je pun. Bukan pakai tak cukup kain, ye dak?

So, dengan kadar segera tepat jam 3 petang aku terus tutup shift aku sebagai seorang cashier tu. Elok je tutup kertas panjang pulak keluar tak habis. Rupanya kertas resit dalam tu habis. Ceh! dah la short pulak tu. Pening kepala fikir short then cari short pulak. Tengok-tengok jam dah pukul 3.30 petang dah. Kami pun cepat-cepatlah beli keropok siap-siap dan terus merempit ke giant.

Sampai je kat giant terus naik pergi ke MBO. Beli tiket dan air minuman siap. Air beli satu je. Share sebab besar. takut tak habis. Ahaha. Planning pagi tadi nak tengok Jungle Book sebab kak teha kata best. Actually kak teha dah tengok lagi awal tapi dia nak temankan aku tengok sekali lagi cerita tu. Aku pun jom ajelah. Ahaha. Kali ni kak teha belanja tengok wayang pulak. Hihi. thank you kak tehaaaaaaa!!!


Jungle Book ni mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Mowgli lakonan Neel Sethi yang ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah gua semasa kecil kerana ayahnya telah mati dibaham harimau yang bernama Shere Khan. Kemudian muncul seekor harimau kumbang yang bernama Bagheera mendekati Mowgli ketika itu. si Bagheera nilah yang bawak Mowgli kepada keluarga serigala. Sejak itu dia dibesarkan oleh keluarga serigala yang oleh Akela dan ibu serigalanya bernama Raksha. Mowgli diajar dan dilatih cara hidup serigala namun dia selalu ketinggalan dan jauh ke belakang berbanding dengan adik beradik serigalanya yang lain.

Pada suatu hari, berlaku musim kemarau yang paling teruk dan semua binatang di dalam hutan berkumpul di Peace Rock untuk minum air kekal di situ. Semua diingatkan untuk minum air kekal dengan mengikut Undang-undang Rimba yang telah ditetapkan iaitu tidak akan berlaku sesi buru-memburu atau saling telan-menelan antara satu sama lain. Perhimpunan aman itu terganggun dengan kehadiran Shere Khan yang digeruni oleh semua binatang di hutan rimba. Shere Khan mengesan bau Mowgli dan menyatakan bahawa kehadiran manusia bernama Mowgli tidak pernah dialu-alukan di hutan rimba itu. Shere Khan juga turut mengugut dan memberi amaran kepada semua sebagai saksi bahawa selepas perjanjian perdamaian sementara disebabkan musim kemarau ini berakhir, dia akan datang mencari Mowgli semula. Dengan bongkaknya Shere Khan berkata kepada Akela, mereka perlu menentukan bilangan serigala yang sanggup berkorban untuk melindungi Mowgli. Oleh itu, perdebatan dan hujah berlaku antara sekumpulan puak serigala untuk menentukan situasi Mowgli sama ada dilindungi atau dibiarkan pergi dari hutan rimba itu. Namun belum sempat keputusan dibuat, Mowgli secara sukarelah untuk keluar dari hutan rimba itu kerana dia tidak mahu keluarga serigalanya cedera dan mati hanya kerana ingin melindunginya.

Bagheera bersetuju namun si ibu, Raksha tidak bersetuju dengan cadangan Mowgli kerana baginya Mowgli adalah selama-lamanya menjadi anaknya walaupun dia manusia kerana dia sendiri yang membesarkan Mowgli. Tidak lama kemudian, Raksha bersetuju juga demi keselamatan Mowgli. Bagheera membuat keputusan untuk menghantar Mowgli ke tempat asalnya iaitu perkampungan manusia. Bagheera yakin sekiranya Mowgli kembali ke puak asalnya, dia akan selamat daripada buruan Shere Khan. Selepas musim kemarau berakhir, perjalanan terus dimulakan. Semasa permulaan perjalanan, dia menemui sekumpulan gajah. Mereka terus tunduk hormat kepada gajah-gajah tersebut. Kemudian, sampai sahaja di kawasan yang lapang, Shere Khan muncul dan terus memburu Mowgli namun terselamat kerana Mowgli melarikan diri bersama sekumpulan kerbau.

Sepanjang perjalanannya, dia berjumpa dengan seekor ular gergasi yang bernama Kaa. Kaa mempunyai niat jahat. Dia menghasut Mowgli untuk stay bersamanya dan dalam tidak sedar, dia telah membelit Mowgli untuk makan. Namun Mowgli telah diselamatkan oleh seekor beruang yang bernama Baloo. Baloo seorang yang pemalas. Dia menggunakan pelbagai helah untuk menyuruh si Mowgli mengambil makanan untuknya. Setelah berhari-hari tinggal bersama Baloo, Bagheera muncul. Mowgli berasa gembira dengan pertemuan itu. Dalam masa yang sama, Shere Khan telah nekad untuk membunuh Mowgli dan kemudian dia terus menolak Akela sehingga jatuh dan akhirnya Akela mati. Kematian Akela telah tersebar ke seluruh hutan rimba dan hal ini menakutkan binatang-binatang lain untuk menentangnya.

Bagheera kemudian mahu meneruskan niat asalnya namun Mowgli tidak mahu kerana dia ingin tinggal bersama Baloo. Bagheera meminta agar Baloo membantunya untuk menasihati si Mowgli kerana Mowgli hanya akan mendengar kata Baloo sahaja ketika itu. Selepas Baloo menghalaunya walaupun dia tidak berniat untuk menghalau Mowgli, Mowgli membawa diri dan merajuk di atas sebatang pokok besar. Dan ketika itu, dia dibawa lari oleh sekumpulan monyet ke sebuah kuil besar yang telah lama ditinggalkan. Baloo dan Bagheera terus mengejar sekumpulan kera/monyet itu untuk menyelamatkan Mowgli. Di kuil besar itu, Mowgli bertemu dengan Raja Louie yang inginkan Mowgli kerana dia mahukan resepi untuk membuat bunga merah (api) yang ditakuti oleh semua binatang di hutan rimba. Mowgli tidak mahu kerana dia tidak tahu cara untuk membuat bunga merah tersebut walaupun dia datang daripada kalangan manusia. Ketika sesi menyelamatkan diri sedang berlaku, Raja Louie memberitahu bahawa Akela telah dibunuh oleh Shere Khan. Mowgli berasa sangat sedih dan marah yang teramat kerana Akela yang dianggap sebagai seorang ayahnya telah dibunuh oleh musuhnya, Shere Khan. Mowgli terus lari dan mendekati perkampungan manusia yang dipenuhi dengan bunga merah tersebut. Mowgli mencuri bunga merah itu dan terus lari untuk mendapatkan Shere Khan. Dalam masa yang sama dia tidak sedar bahawa api daripada obor-obor itu telah jatuh dan mula membakar hutan.

Semua binatang berkumpul dan Mowgli mengatakan bahawa dia tidak takut kepada Shere Khan. Shere Khan berkata bahawa manusia yang telah dibela oleh kamu kini menjadi dewasa dan dia tidak akan pernah tertipu dengan cara manusia yang menggunakan bunga merah untuk membunuh binatang. Mowgli melihat Gray, adik beradik serigala yang paling rapat dengannya ketakutan. Mowgli terus melemparkan bunga merah tersebut ke dalam sungai. Mowgli dengan beraninya ingin menentang Shere Khan. Shere Khan gembira kerana Mowgli tidak lagi mempunyai apa-apa untuk melindungi dirinya. Ketika Shere Khan menyerang Mowgli, Raksha melompat untuk menyelamatkan Mowgli. Bermulalah perang pergaduhan antara puak serigala dan harimau yang bernama Shere Khan. Mowgli ingin berlawan juga namun ditahan oleh Bagheera. Bagheera berpesan, kalau nak berlawan, guna cara manusia. Kemudian Mowgli terus lari ke dalam hutan yang sedang kebakaran dan Shere Khan terus menerus memburu Mowgli sehingga dapat. Selepas bergelut dan bergelut, akhirnya si Shere Khan mati terjatuh ke dalam api yang sedang marak membakar. Si Mowgli terselamat dengan helah dan tali yang dibuatnya. Kini mereka hidup bahagia tanpa gangguan Shere Khan lagi. Happy ending!


Hehehe. best kan jalan cerita dia? Bagi aku jalan cerita dia memang best dan teratur. Sekali tengok kita boleh faham jalan cerita dia. Aku suka dia punya sound effect dan effect suspen dia. Memang ada jugaklah part yang aku terkejut tu. Ahahaha . Aku pantang terkejut sikit satgi mulalah. Aku suka jugak dia punya CGI dia antara manusia dan binatang-binatang tu. Kita akan nampak seolah-olah dia pegang binatang tu betul dan real. Bagi kanak-kanak seusia Mowgli tu memang adventurelah sebab cuba kita bayangkan kalau kita sendiri sedang diburu oleh seekor harimau. Agak hang nak lari pi mana la? hahaha. Dah la cari sampai dapat pulak tu. Herr! Serammm.. Menggeletaq kaki-kaki. Ahhaaha. Star rating yang aku bagi untuk movie ni adalah 9 bintang daripada 10 bintang. hehe. bagi yang belum tengok, aku sarankan hangpa semua pi tengok lekaih. For me, cerita dia lagi best daripada Batman V Superman tu. haha.

ni trailer dia.


1 comment:

lokman amirul said...

Citer tarzan...