Thursday, 15 September 2016

Majlis Anugerah Akademik Cemerlang 2016 Penang Port

Syukur alhamdulillah harini berkesempatan nak kongsi satu event yang agak bermakna buat diri ini memandangkan kelmarin hari yang busy dan agak keletihan sikit. Pada tarikh 14 September 2016 bersamaan dengan hari rabu merupakan hari Majlis Anugerah Akademik Cemerlang 2016 yang diadakan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd buat anak-anak pekerja PPSB yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan pada tahun 2015. Terima kasih atas penganugerahan yang diberi dan alhamdulillah untuk kali ketiga dapat anugerah cemerlang PPSB bagi STPM 2015 dengan principle 3A. Sebelum ni dapat untuk kategori UPSR dan PMR je. Walaupun tak dapat straight A tapi alhamdulillah still dapat jugak. haha. Rezeki Allah nak bagi. Syukur sangat.

So, harini nak kongsilah sikit pasal Majlis ni. Majlis ni diadakan di The Light Hotel, Seberang Jaya Pulau Pinang. Mengikut kehadiran waktu yang diberi, Majlis start pukul 10 pagi tapi memandangkan perlu menunggu kehadiran tetamu VIP, majlis bermula pada jam 11 pagi lebih kurang. Hari ni jugak merupakan hari first kelas untuk minggu kedua selepas balik bercuti Raya Aidiladha. Tak dinafikan rasa malas tu ada and otak ni asyik fikir je, sempat ke aku balik USM? Kelas start pukul 2 petang. Hmm, kalau tak sempat memang angan nak ponteng kelas jelah. Haha. Please jangan ikut perangai aku ni. haha

Settle jer parking, terus masuk hotel. Siap ada orang tolong bukakkan pintu lagi. haha. Hotel 5 bintang memang service dia awesome ahh. Tak dinafikan aku terpukau jugak dengan kecantikan hotel dia. Memang kena dengan nama. The Light... Memang nampak light pun. hahaha. Lift siapa ada suara speaking bagai. Sorrylah aku ni jakun sikit. Maklumlah sekali sekala masuk hotel. Setakat hotel yang aku pernah masuk, Hotel The Light la paling lawa, kemas dan bersih.

Naik je lift terus pergi ke The Grand Ballroom. Masuk kat situ kami terus ke kaunter dan ambil nombor. Kami dapat no meja 13 dan no HAC (Hari Anugerah Cemerlang) no 34. Abah said, hang no last. haha. memang patut last sebab kategori STPM. Actually aku satu-satunya penerima anugerah STPM 2015. aku sorang ja? Aiyyaa takdak geng!

Ada parent ni stay dekat meja yang sama, anak dia perempuan tapi tak hadir sebab tengah sambung belajar. So, ayah dia la jadi wakil untuk terima anugerah STAM 2015. tu pun dia sorang jugak. takdak geng. haha.

tunggu punya tunggu. sembang punya sembang barulah tetamu VIP mai. Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza selaku perasmi majlis terus masuk dan mula bersalaman dengan semua tetamu yang hadir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Dato' Syed dan terus ke majlis penyampaian hadiah. Masa aku ambil hadiah sijil dan cek tu Dato' ada jugak tanya dapat mana. Dengan bangganya aku sebut USM. hahaha. Beliau ucap Tahniah. 

Settle Majlis penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan pertunjukkan slide dan sedikit motivasi atau sesi berbual mesra yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Untuk sesi last tu kena panggil kat depan buat calculation dengan budak lepasan UPSR. Aku dibenarkan guan kalkulator, adik tu tak dibenarkan guna kalkulator. Kesian pulak aku tengok, macam nervous je dia. hahaha

Selesai jer semua, Majlis berakhir dengan makan tengah hari. Makanan macam-macam ada. Makanan hotel pulak, memang sedap la. Cuma makanan dia kurang menepati citarasa aku la. Kan selalu duk makan makanan biasa ja. Ni makan makanan mahal terus rasa lain. Bihun goreng dia lain gila rasanya daripada bihun yang duk makan selalu tu. haha. 

Settle majlis terus rushing ke USM sebab ada kelas petang. haha. pukul 1.15 petang baru bertolak then bila baca mesej whatsapp daripada rakan-rakan sekelas, diaorang cakap kelas start 2.15 petang. Hati ni rasa fuhh lega. sempat lagi. haha

so thats all. tq for reading. kat bawah ni ada share sikit gambar masa event. Buat adik-adik nak pesan satu je, teruskan usaha untuk belajar dan mencari ilmu Allah walau dimana saja kita berada k, good luck and all the best :)

 ruangan nak masuk lift. cantik kan?


 Inilah Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza yang menyampaikan hadiah dan merasmikan majlis. Sempat lagi aku ambil gambar beliau nak bertolak balik.


thats my number and my turn.



Air mineral The Light Hotel.


Selfie? semestinya. haha


waiting.


Budak dua orang depan ni adik beradik. Sorang dapat UPSR dan sorang lagi dapat SPM. Tahniah dik!


Chandelier dia lawa gila bakhang! haha


the slide.


Majlis penyampaian hadiah bermula.


so, this is The Grand Ballroom.


sempat singgah tandas dia. lawa and bersih 


Inilah hadiahnya...


tandas again. haha



dekat tv dalam Grand Ballroom ni pun ada slide. haha


bila dah masuk je pintu The Grand Ballroom tu, ruangan inilah yang akan anda lihat. just a nice, simple dan beautiful interior. nampak dak pandangan dan naluri interior design aku tuh. hahaha

mana gambar masa terima hadiah? sorry tak upload sebab gambar tu blur. haha. TQ

No comments: