Saturday, 11 March 2017

Release Tension

 
friendship tu tak pernah kisah kau siapa asalkan kau kenal erti susah senang bersama.
Akhirnya free to update. 

Hai si pembaca dan hai jugak kepada si followers.

Sejujurnya cik akak memang busy menyiapkan project studio yang merupakan ayahanda kepada segala project di HBP. After submit project 2 and now sambung project 3 yang still in progress ni. Sis akui memang letih. Nama pun studio life kannnnn... Actually kalau fikir pasal study ofcourse tak lekang dari assignment and project segalanya. So, lepas je kelas studio kami set geng yang dinamakan Fire (peminat tegar BTS yang bagi nama) (ada sorang lagi tak join, syu) ni bercadang nak sewa kereta and pergi jalan-jalan round Penang. Taklah round full pun. Just pergi Bukit Bendera. Bawak anak-anak jati Langkawi dengan Perak ni pi Bukit Bendera. Anak jati Penang ni semua dah pernah pergi so teringin sekali lagi nak pergi. Then, around 2.30 petang, Yeen, Izza dan Teha balik Restu dengan kereta Alza yang disewa selama setengah hari dengan harga RM 84.

so, meh sini baca sampai habis sebab setiap gambar ada cerita dia.

si akak kita ni ada lesen so dialah drive. Akak yeen kita ni MPD Restu so mohon buat baik dengan dia. HAHAHA


Destinasi pertama adalah BUKIT BENDERA!!!

here we are...

Dah bayar an? So dapatlah card ni untuk masuk. Kau ingat free? 
Tiket with students card hanyalah RM 5. Orang normal warganegara Malaysia dikenakan RM 10. Kalau kau rasa kau ni orang oversea maka kenalah harga yang lebih mahal.
First benda yang kitaorang cari masa sampai kat atas adalah cari makanan. HAHAHA

Haaa Jemput tengok kami makan nah. Laksa Penang plus nasi goreng plus air sirap ais, teh ais dan ada lagi. HAHA

Settle makan maka kami pun berjalan dan jalan...

Selfie, bervideo, berphotoshoot ofcourse aktiviti rasmi. Alangkah indahnya kalau dapat DSLR kat aku. HAHA. berangan. Dah takde camera tu maka gunalah apa yang ada. Camera Asus Zenfone Selfie. Ciwahhhhhh
Ni masa dah sampai kat atas. Muka lapaq ni semua.

Masa tunggu train. Train to Bukit Bendera. 

Ni adik bongsu dalam group Fire. Umur muda tapi kuat Berletiaq. HAHA.

Bila dah masuk 20 an mulalah mengimbau kenangan main kat playground. Besar panjang pun nak jugak rabat.

Sapa nak henna penuh tangan haaa mai sini bubuh. Macam-macam corak hadaa hahh.

Diaorang ni seroomate tapi kalau bab nak perdajalkan gambar orang ni haa orangnya. Nasib lawa jugak gambar. Kalau cakap macam ulaq pun dialah ratunya. Kejap sembang lain kejap cakap lain. HAHAHA

Akak acah artis ye? Jangan lupa bayar caj pinjaman tu. HAHA

Budak-budak letih kat belakang. Kisah pulak kalau jalan tar pun. AHAHA.
 asal boleh duduk.

macam anak semut. gagah nak kumpul kat situ.
 Jalan bawah tu comel yang ada bentuk love tu.

Acah nak keluarkan album. So photoshoot ala kpop sikit. Tak lama lagi release lagu Sembang macam Ular. HAHAHA

BEHIND THE SCENE. ingat selfie takde behind the scene ke? HAHA

MAAF. Sis tak mampu lompat setinggi di awangan kerana sis dah terlebih tinggi. Cukuplah digelar galah. Sis redho...

aunty jual apa tu? aunty ni tiup itik tu keluar bunyi tauu..

tak mampu nak membantu roomate aku yang ditindas sebab aku yang jadi tukang ambil gambar HAHA

capppp cantik tapi mahal. diskaun pun dapat 35 ringgit. Topi koboi, topi pantai.

bukti sis paling tinggi. yang lain semua tak cukup kalsium. HAHAHA

akak izza kita. Izza ni paling kecik but aktif. Kor sukarelawan ni. Rasa nak mintak tolong dia boleh pm tepi HAHAH

cuaca tak mematahkan semangat nak bergambar.

jangan tanya kenapa habis jahanam pokok bunga orang. HAHAHA

Akak yeen kita ni cukup berkenan dengan tiang tu. Nak bawak balik agaknya AHAHA

Jalan kaki. Duk hostel atas bukit pun still nak pi berjalan-jalan atas bukit. Dah biasa sangat dengan bukit-bukit nih.

haaa cari port nak bergambar lekaih.

ni cubemate plus ratu ular. HAHAHA. comel? boleh pm tepi. 

kami bukan geng gangster. Kami cuma budak HBP yang tak cukup tidur je.

dah macam family photo dah aku tengok. HAHAH

acah lawa. hahaha.

kau nampak dak usaha nak bergambar walaupun panas. Nak tunjuk semangat release tension tu.

dalam train to busan. bawah tu semua zombie HAHAHA

semangat bak fire maka terhasil gelang setiap seorang.

kat sini dulu aku pernah bergambar dengan ular sawa buat pertama kali. dengan housemate aku yang form 6. Namanya adila. Dibaginya aku pegang kepala. MashaALLAH... Tenung mata ular tu macam nak tembus je HAHAH

green viewwww.

haaa berkenan mana pilih je.. tudung biru dah berpunya. hahaha

aku suka ambil gambar pemandangan. cantiknya SUBHANALLAH!!

ingat comel? HAHA


behind the scene sekali lagi. haha


fly.



hopefully friendship ni berkekalan.

dah habis ke? belum... ada lagi sikit.

lepas dah jalan-jalan then balik cari makanan lagi. hahah. kerja makan je budak-budak ni. lepas makan then ronda-ronda area queensbay lepas tu terus pergi giant sekaligus hantar kereta.






No comments: