Monday, 24 February 2014

5 new video from RAINBOWSKY COLLECTIONS :)

 
Haii , selamat petang ! Hari ini aku nak kongsi 5 video lirik lagu from youtube . Semua video nihh still baru walaupun ada yang lagu lama tapi video nih baru jaa di'edit'. Bak kata orang refresh laa . HIHI . Semuanya khas from RAINBOWSKY COLLECTIONS :)


shahir-dia yang kau pilih OST MENJINAK OMBAK . jangan lupa tengok episod akhir dia pada 1 mac 2014 .


faizal tahir-biar OST KALIMAH JIWA .


sammy simorangkir-dia OST LOVE IN PARIS


nikita willy-maafkan OST YUSRA DAN YUMNA


dayang nurfaizah-di pintu syurga OST ARIANA ROSE . aku suka video nihh sebab tulisan dia ala-ala drama Ariana Rose . :)

*Okey , sampai sini saja . Jangan lupa tengok okey . Enjoy dan relax with the music :)

Monday, 17 February 2014

Kenangan UPSR

 
Upsr ? Tetiba aku teringat pulak masa time ambik result upsr dulu . Bibir aku tersenyum menghiasi raut wajahku ini . cewahhh! Masa aku ambik result tuh tahun 2008 . Banyak kenangan dan perkara yang aku sama sekali tak jangka akan berlaku . Bagaikan sebuah keajaiban ! Ketika itu tiada apa yang mampu aku katakan selain kata syukur kepada Allah yang tidak henti-henti . Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang pernah mengajar aku di sekolah kebangsaan jalan paya besar dan yang paling penting kepada mama dan abah . Terima kasih atas doa kalian . Berkat doa dan usaha untuk dapat yang terbaik , akhirnya dapat jugak walaupun sekadar 4A 1B . 

Nak tahu kenapa aku happy sangat dapat 4A 1B ? Orang lain semua mengidamkan nak dapat 5A . aku pulak nak 4A 1B jaa . Pelik bin ajaib kan? Bagi aku 5A tuh terlalu besar kejayaannya . Aku rasa aku tak mampu nak dapat . Sebab tuh setiap hari aku doa bagi dapat 4A 1B supaya aku dapat masuk SMKK(Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim) . Waaa . aku memang dah berhajat nak masuk SMKK pun sebenarnya . Aku langsung tak peduli pasal sekolah badlishah . Aku rasa sekolah tuh seolah-olah tak wujud . Hehe . sorrylah pada sesiapa yang sekolah kat situ . Bukan nak kata benci tapi hakikatnya memang dulu aku tak kenal sangat sekolah badlishah . Takdak aura teringin nak join masuk badlishah .

Masa cikgu tengah umum tuh , memang ketaq tahap nak pengsan arr . siap pegang tangan kawan kut . Sampai ketaq berpeluh-peluh . Haha . teruk! Dalam hati duk bertawakal jaa . Tak dapat apa yang aku doa pun takpalah . Sebabnya result aku time exam pun mana pernah dapat yang elok . setakat 1A atau 2A jaa . Bagi aku memang takdak harapan dahlah . Dalam kepala otak duk terbayang jaa sekolah menengah paya besar . Haha . Bersiap sedia sekiranya di situlah tempat aku tak lama lagi . acewahh . 

Dup dap dup dap dup dap !

Cikgu nak umum untuk result siapa yang dapat 4A 1B . Aku pejam mata siap-siap dahh . Takut kut! Dekat nama yang dekat-dekat last tuh , nama aku cikgu sebut . Aku pun apa lagi . terkejut tahap beruk ar! Biar betul cikgu nih ? Cikgu silap apa ? Haha , silap apanya . memang kenyataan dah pun . Kawan aku suruh aku pi naik cepat . Masa naik nak amik result tuh aku dah start sebak dah laa . Guru Besar cakap tahniah time tuh memang aku rasa macam entah apa-apa dah . Elok jaa aku duduk terus aku menangis . Kawan-kawan pakat tanya dan ada jugak yang cakap tahniah . Btw, thanks uolls !

Time nak tangkap gambar untuk pelajar 5A dan 4A , aku naik sambil mata merah pipi lencun dengan air mata , haha . Cikgu Jamaliah peluk aku . Aku apa lagi . Teriakk arr . Haha . Cikgu Jamaliah ajar aku subjek sains . Dia tak sangka aku boleh dapat A . Kemudian cikgu Fauziah Ahmad tanya result aku pulak . Cikgu cakap tahniah and tanya result BI . Dengan hampanya aku kata aku dapat B . Rasa bersalah terus bertandang . Kesian cikgu aku , penat-penat dia usaha ajar aku BI last-last aku dapat B ja . Sorry cikgu sebab takdak tengok anak muridmu ini dapat BI ,A .Cikgu kata takpa . Cuba lagi . Dia senyum tapi aku tahu disebalik senyuman dia tetap terselit rasa kecewa .

Balik rumah ingat nak buat surprise kat mama aku . Acewahh! Dah buat dah . Jadi . Tengok-tengok mama dah tau lebih awal dari abah . Abah call paksu tanya result aku . Ceh! Surprise tak menjadilah kiranya . Buat malu ja . Abah belanja KFC sebab dapat 4A 1B . apa-apa pun aku bersyukur . Inilah dinamakan rezeki . Terima Kasih Ya Allah!

Sunday, 16 February 2014

11 Tips siapkan kerja sekolah a.k.a homework .

 
Haii .. Peace yo!! Hehe . Baca tajuk pun macam boring dah kan ? Memang boring pun .Tak kisahlah sesiapa pun yang sentuh bab-bab kerja sekolah mesti akan boring tahap mengantuk gila . Kan kan kan ? Lumrah seorang pelajar memang macam tuh pun . Semua orang pernah lalui . Kerja sekolah bertimbun-timbun bagaikan longgokan sampah yang tidak mahu dipandang langsung . Acewahh . teruk betul perumpamaan aku . Tapi sebenarnya kerja sekolah a.k.a homework ini sebenarnya tidaklah sejahat yang kita fikirkan . Banyak kelebihan yang kita dapat masa buat homework nih , walaupun kita buat dalam bebal . Hahaha .. Memandangkan aku pun tengah tunggu result SPM pada 20 Mac 2014 yang tak lama lagi nih , aku nak jugaklah share tips-tips yang sesuai untuk hampa-hampa semua nak siapkan kerja sekolah . Ada jugak beberapa tips-tips yang pernah aku guna masa zaman persekolahan aku dulu . Memang menjadi . Nak tau kena baca sampai habis and then try . Belum cuba belum tahu .

  

 Dengar lagu sambil buat homework.
 First tip yang aku rasa amat sesuai pada masa kini.Hehe.Yelahh,zaman sekarang memang ada macam-macam jenis lagu.tambah-tambah pelajara sekolah gerenti suka dengar music time buat homework.So,itu adalah tips yang aku pernah buat.Dengar lagu nih sebenarnya untuk mengurangkan tension sambil tu kita boleh enjoy buat kerja sekolah.Tapi janganlah dengar lagu versi rock pulak.Setakat lagu slow-slow down dahlah.Boleh relax your mind sikit.Agak tak sesuai pulak kalau kita dengar lagu versi rock dan lagu dangdut sambil buat homework.So, pilihlah lagu yang bertepatan dan sesuai dengan citarasa anda.Ada jugak yang jenis suka dengar lagu berentak-rentak sikit.Itu terpulanglah pada empunya diri.Kepada sesiapa yang jenis tak suka dengar lagu sambil buat homework baik cancel aje tips pertama nih.Sesetengah orang kata,dengar music sambil buat homework nih akan menganggu konsentrasi kita untuk belajar.Apa pun pendapat anda,itu terpulang.Hak diri masing-masing. 
  Buat perancangan a.k.a jadual.
Nak lebih senang,kemas dan teliti, aku sarankan guna tips nombor dua nih.Buat jadual belajar sendiri.Sekurang-kurangnya kita ada perancangan dan lebih sistematik.Tapi apa yang selalunya anda buat ialah anda tak ikut pun jadual yang dibuat dan dirancang.betul dak? percayalah! Kita rajin buat tapi malas nak ikut.Macam akulah..Haha.Kalau ikut pun sehari dua ja.Lepas tuh jadual ke mana,orang pun ke mana.Hihi..Selalunya orang yang betul-betul nak ja akan buat.Kalau buat jadual tuh biarlah bersesuaian dan kena dengan keadaan diri kita.Jangan pulak kita buat jadual yang padat sampai kita sendiri tak mampu nak ikut pulak.Baik tak payah buat kalau macam tuh.Membazir kertas dan masa ja.Apa yang kita rancang mesti ikut.Tips ini jugak amat sesuai untuk melatih kita supaya lebih berdisiplin dan menepati masa.Orang melayu paling banyak tak reti tepati masa.Aku pun tak suka orang yang tak menepati masa nih.

 Tentukan kerja sekolah mana lebih penting.
Tips nombor tiga nih pun lebih kurang sama macam tips nombor dua jugak cumanya berlainan dari segi jangka masa.tips nombor tiga nih boleh guna untuk jangka masa pendek jaa.Contohnya,kita ada kerja sekolah fizik,pendidikan islam,math dan biologi.So,kita confuse tak tau nak start dari mana or tak tau nak selesaikan yang mana dulu.Jadi kita tengok balik jadual kelas kita untuk keesokkan harinya.Sekiranya subjek tersebut ada homework,kita selesaikan subjek tu dulu.Maknanya kita susun atur dulu homework apa yang ada dan homework apa yang perlu diselesaikan dahulu.Katakanlah subjek math dan fizik ada esok,kita tengok pulak subjek mana yang start dulu.Kalau subjek math start dulu and then subjek fizik ada lepas rehat,kita buat dan selesaikanlah homework subjek math dulu.Kemudian diikuti fizik dan subjek-subjek yang mana ada kerja sekolah.Kesimpulannya, kita tentukan homework kita yang mana lebih penting tu mengikut jadual kelas kita supaya kita lebih mudah untuk buat dan selesaikan dengan baik.
  Buat homework yang senang dahulu.
Kerja sekolah yang banyak pun ada jugak kategori dia.Kategori senang,sederhana dan susah.Jadi bila ada banyak kerja sekolah, aku sarankan kita start buat homework yang senang-senang dulu.Sebabnya, bila homework kita buat tu senang dan mudah,kita akan lebih enjoy nak buat berbanding kita buat yang susah dulu.Kalau kita buat yang susah dulu,mesti kita akan mudah tension,bebal and then terus takmau buat.Bila takmau buat yang susah,maka kerja sekolah yang lain,yang lebih senang dan sederhana tu pun kita akan tinggalkan dengan alasan mood nak buat takdaklah dan sebagainya.So,last sekali satu kerja sekolah pun kita siap.Betul dak? Jadi apa kata kita buat yang senang dulu.At least, ada jugak kerja sekolah kita yang siap daripada tak buat langsung.So,Lupakan istilah,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

 Jangan tangguh buat kerja sekolah.
Tips yang kelima nih memang patut pun wujud dalam kalangan pelajar-pelajar.Jangan sesekali tangguh sekiranya ada kerja sekolah atau homework yang sikit sekalipun.Kadang-kadang bila dah ada kerja sekolah sikit nih , dia jadi malas nak buat.So,tangguh tangguh sampai bertimbun bagai nak rak baru kalut satu dunia homework tak siap.Kalau ada homework banyak sekalipun , buat sampai habis.Tak sempat tak apa.Kita selesaikan mana yang penting dulu.Selagi tak habis duk tension macam tulah.Aku pernah tangguh satu kerja sekolah subjek bm dulu nih.Last-last sampai setahun belajar homework tu haram tak siap pun.Hihi .. So,jangan jadi macam aku.Mengarut jer!
 Siapkan homework di sekolah.
Bila kita dah tahu homework kita banyak,jadi apa salahnya kita cari ruang masa yang ada kat sekolah tuh kita gunakan untuk buat homework bagi siap.Balik rumah nanti boleh jugak relax.Tak adalah kalut macam dunia nak berperang aje! Contoh time yang sesuai, waktu rehat sambil-sambil makan buatlah.Kalau tak boleh, gunakan masa yang ada ketika pertukaran subjek/guru.Masa kat situ dah ada lebih kurang lima minit or sepuluh minit.Kira okeylah kan.Tak pun time balik sekolah.Lambat tunggu parent atau bas sekolah nak mai,apa salahnya buat homework sambil-sambil tunggu.Lagipun masa kita kat sekolah kan digunakan untuk belajar so, jangan fikir sangat kata-kata orang.Asalkan kerja kita siap dan kita  pun tak kacau orang.Ya tak?
 Rujuk/tanya sekiranya tak tahu nak buat kerja sekolah.
Kadang-kadang kita nih bukannya pandai sangat pun.Buat-buat pandai aje lebih.Bukan semua subjek kita boleh score dengan expert dan jayanya.Ada jugak masanya kita perlu bertanya atau rujuk buku/bahan.So,kalau kerja sekolah kita di tahap atau kategori yang boleh dinamakan susah, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya dan rajinkan diri untuk mencari jawapan dengan merujuk buku atau bahan.So,kerja sekolah kita akan lebih senang nak disiapkan.Tak siap semua pun paling koman separuh pun jadilah.Kalau dah sampai stress sangat bak kata gary si running man tuh bila fikirkan jawapan dia,baik kita tinggal aje.Esok pergi sekolah tanya kawan atau cikgu terus.Senang cerita!
 Jangan buat homework sampai lewat malam.
Tips nih memang penting.Sesibuk mana pun kita,sebanyak mana  pun kerja sekolah kita.Jangan buat homework melebihi jam satu pagi.Kalau pukul dua belas tengah malam tu pun dah dikira lewat tau.Bagi pelajar memang tak digalakkan tidur lewat.Takut esok pagi kat sekolah time belajar mengantuklah , letihlah dan segala macam alasan lagi.Memang tak baik untuk kesihatan sekali.Bagi yang dah biasa tidur pukul dua tiga pagi tuh baik stop.Biasakan diri tidur sebelum pukul satu pagi.Tidur lewat pun ada keburukannya okay.Terutama perempuan.Kesannya akan berlaku pada hari keesokkan.Badan kita akan jadi lesu dan kepala otak asyik fikir tilam,bantal sepanjang masa.
 Jangan buat homework kat tempat tuisyen.
Tips nih bukan nak menyekat atau menghalang sesiapa yang suka buat homework kat tempat tuisyen tetapi tips nih memang patut diamalkan.Yelah, tuisyen tempat kita nak tambah ilmu,tempat kita tambah penguasaan dan pemahaman kita dalam subjek-subjek tertentu.Jadi cuba bayangkan,kalau cikgu kat tuisyen tengah mengajar,kita pulak sibuk duk buat homework.Rasa-rasanya masuk ke apa yang kita belajar? Buat pulak cikgu tuisyen tu nampak, tak rasa ke dia akan kecil hati.Seolah-olah tidak dihargai.Kan dah timbul banyak masalah.Cikgu tuisyen pun kita kena hormat macam mana kita hormat cikgu kat sekolah.Time tuisyen kita belajar apa yang cikgu tuisyen ajar.Pasal kerja sekolah balik nanti baru buat.Atau pun buat sebelum kita pi tuisyen.Kalau ada extra time laa.Kalau tak buat susah payah ajelah mak ayah hantar kita pergi tuisyen.Membazir duit,masa dan tenaga walhal kita tak faham serupa tulaa jugak.
 Buat homework sambil makan.
Nak lebih enjoy apa kata try tips yang nih.Sambil-sambil buat homework kita makanlah apa-apa makanan yang ringan.Contohnya, coklat kopiko,coklat cadbury,kit kat,snek,kek apollo dan banyak lagilah.At least dapat jugak isi perut.Tak cerdik pulak kalau time buat homework kita pi makan nasi.Memang tak kena langsunglah.-_-
 Buat homework di tempat yang cerah/jangan buat atas katil.
Haa..time kita buat kerja sekolah tuh pastikan kita buat di tempat yang selesa dan cerah.Cerah tu maksudnya kita buat di tempat yang ada lampu.Jangan pulak buat kerja sekolah di tempat yang gelap dan samar-samar.Memang lentoklah jawabnya.Paling penting jangan buat kerja sekolah atas katil.Maklumlah,buat homework malam-malam.Buat pulak atas katil memang lingkuplah.Tak sampai sejam kita dah terlelap.Tak tahan dengan godaan tilam dan bantal yang memanggil-manggil.Haha..So,better kita buat kerja sekolah di sebelah petang.Ini tak,petang-petang tidur.Malam baru nak jadi burung hantu.Sepatutnya lepas asar kita tak patut tidurlah.Tak baik.

So,kesimpulannya,inilah tips-tips yang dapat aku kongsikan dengan hampa-hampa semua.Sekurang-kurangnya dapatlah menolong apa yang patut.Selebihnya bergantung pada diri sendirilah.Kalau ada tambahan idea boleh aje comment.Sama-sama kongsi. :)

Okey,Assalammualaikum.



Friday, 14 February 2014

Blog Skin kat SINI !

 
Uitt, awak awak awak .. yelah awaklah . Haha . *merapu sat* Sebenarnya niat aku ini hanya ingin berkongsi satu laman web yang memaparkan pelbagai-bagai jenis,warna dan kreativiti blog skin template . Bagi sesiapa yang nak guna blog skin macam aku nih bolehlah tekan SINI . Macam-macam ada . Pilihlah apa yang hampa nak . Then , hampa akan bertapa selama beberapa hari untuk sesi edit mengedit . Aku percaya mungkin ada diantara hampa akan menjadi burung hantu . HAHA! . *gila sikit* Aku nak bagi nasihat sikitlah . Bila time edit nih kena banyak bersabar . Bukan sehari edit dah siap okey . Kalau nak blog kita comel , cantik dan cun macam top blogger yang lain tuh makan masa okey . So, kena get ready dari segi masa dan kreativiti . Jangan sampai lupa makan dan mandi pulok . Alih-alih tak tidur terus . Lagi teruk! Jangan-jangan-jangan buat macam tu . Kalau hampa nak aku tolong edit boleh jugak . tapi yang mana aku retilah . Aku pun bukannya Pro and Expert sangat . Bolehlah setakat nak menimba ilmu nih . Kalau jadi Alhamdulillah . Kalau tak Inalillah . :) Hehe . *Jangan marah k* Kalau nak aku buat HEADER untuk blog hampa-hampa sekalian boleh jaa . No problem maa . Apa-apa inform aku kat comment pun boleh . tak pun facebook pun boleh . Kalau tak boleh inform aku kat email aje . InsyaAllah . Aku akan tolong semampu yang boleh . Kalau tak keberatan tu bolehlah bayar sikit , dapat jugak duit poket *duit upah* . Tak banyak mana pun . Ikut pada permintaan anda . Aku boleh buat HEADER TRANSPARENT , ASSALAMMUALAIKUM TRANSPARENT , dan BANYAK LAGI . Nak senang tanya jelah dulu . Kalau boleh tak ada masalah . Jangan segan-segan nak tanya atau nak menegur . Kita nih hidup berjiran . tak gitu? *HAHA*

Tengoklah my stuff . Dalam tuh aku ada post beberapa freebies yang aku buat . kalau nak amik aje . Yang tuh semua FREE OF CHARGE

my email : nuremaneeza@yahoo.com
my facebook : Asmaniza Ashri(Asmaniza Emaneeza)

Yes Boss! ESOK ..

Haii semua *sambil lamai-lambai tangan
Intro sikit , Semua sihat ? Acewahh . HAHA .
Hari ini sajalah aku nak buat promosi sikit pasal sebuah drama akan datang tak lama lagi .Tak lama lagi? memang tak lama pun sebab esok dah start . Drama ini bertajuk Yes Boss! . Diadaptasikan daripada sebuah novel karya Areila Sahimi . Bukan Yes Boss cerita hindustan okey . Itu cerita lain maa . Ini versi melayu punya . Aku pun tak sure kenapa aku terhegeh-hegeh sangat nak promote drama nih . Maybe sebab gandingan pelakon-pelakon dia mantop dan best kut . hehee . Walaupun aku taktau drama nih best ke tidok , tapi aku rasa drama nih memang best pun . hahaa . merepek meraban apalah aku ni . Aku suka gandingan hero dan heroin dia .
Hero >> FAHRIN AHMAD
Heroin >> EMMA MAEMBONG
Confirm tiptop punyalah drama nih . Kat bawah ni aku siap letak gambar,sinopsis dengan info pasal drama
nih . Cer try usha . Jangan lupa tengok esok k !

SINOPSIS:


Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

  

sumber gambar Encik Google :)

INFO:


Tajuk : YES, BOSS! 
Novel : 2011 
Tarikh : 15 Februari 2014 
Genre : Romantik-Komedi 
Siaran : Sabtu dan Ahad
Jam : 6.00 petang 
Saluran : Slot Dramady, TV3 
Penulis Novel : Areila Sahimi 
Pelakon Utama : FAHRIN AHMAD DAN EMMA MAEMBONG  
Terbitan : Zeel Production


BARISAN PELAKON DAN NAMA WATAK

Aryana - Emma Maembong
Ilham - Fahrin Ahmad
Shamsiah - Noorkhiriah
Opah - Norlia Ghani
Dato Maarof - Eizlan Yusof
Datin Rokiah - Jasmin Hamid
Mellina - Aishah Ilias
Udin - Aidil Aziz
Harun - Shamsul Ghaw2
Midah - Wan Maimunah
Sakinah - Cha Cha Maembong
Jeffry - Hisham Hamid
Amanda - Shella Faeiz

Monday, 10 February 2014

Free Cute Header

Haii . Hari ini aku rajin nak post freebies header . Semuanya ada lima . Dibuat khas hamba Allah ini .
Semuanya buat sendiri . So , sesiapa nak ambik , anda dijemput untuk mengambilnya . Tetapi macam biasalah . Inform (comment) dulu okey . Sekian , Thanks =)

*SAIZ header ini ialah width 830 height 300
http://4.bp.blogspot.com/-lFyfvPTugR8/UvhcRw5pZhI/AAAAAAAAB7c/pTh7eAlkmOk/s1600/duniaku+blogger.png


http://2.bp.blogspot.com/-NGoh5p9Cxm0/UvhcSHL42tI/AAAAAAAAB7o/SMSfSoQcSTc/s1600/my+diary.png

http://4.bp.blogspot.com/-qZC60J3wfcM/UvhcSP_4CHI/AAAAAAAAB7k/Og-HDDu7Wsw/s1600/personal+blogger.png

http://3.bp.blogspot.com/-UWcpcgfkxxM/UvhcTGt8AsI/AAAAAAAAB70/NDR-xvMUNpU/s1600/sweet+home.png
http://4.bp.blogspot.com/-U3GwD1fETg4/UvhcT7MzzDI/AAAAAAAAB78/7Fg1ErD8eKI/s1600/this+is+mine.png