Sunday, 30 March 2014

header kosong transparent

 
Malam nih aku nak bagi satu header kosong yang transparent punya . So , sapa nak bolehlah ambik . Original and kosong . Korang copy and save , then bolehlah edit sendiri guna PHOTOSCAPE .



kalau korang tengok kat atas nih memang kosong dan tak nampak tapi sebenarnya dia ada . Nama pun transparent kan ? haha . okeyy . jangan lupa follow sekali kalau rajin . hehe . nanti singgah lagi tau . ^_^

Bai . Assalamualaikum .

Saturday, 29 March 2014

BLOGLIST APRIL-MEI 2014

 
Hai semua . Hari ini aku dengan rasminya mengumumkan segmen aku yang pertama iaitu  BLOGLIST APRIL-MEI 2014 .

Segmen ini bermula dari 29/3/2014 dan tamat pada 5/52014

Syaratnya mudah sahaja :

-letakkan link blog saya di BLOGLIST blog anda
-FOLLOW blog saya 

Kemudian anda hanya perlu comment di entry saya ini dengan ayat 

"SAYA NAK JADI BLOGLIST APRIL-MEI 2014" 

*Jangan lupa tinggalkan link blog anda okay . senang nak cari balik :)

Saya akan update dari semasa ke semasa untuk letakkan link blog anda di BLOGLIST saya . Nak tahu di mana BLOGLIST saya ? Sila tekan STUFF di bahagian sidebar kiri . Sekian , 
selamat menikmati hari anda :D

New look! blog berwajah baru

 
Hai ! selamat petang , peace yo!! ^_^

Akhirnya siap jugak blog aku yang di edit menggunakan new blogskin template . Amacam ? Okay tak ? Hehe . Tahun ini saja dah masuk dua kali aku tukar images blog nih . Haha . Aku memang suka tukar-tukar nih . Nampak lain sikit . Aku nih jenis cepat boring dan kadang-kadang dipengaruhi oleh blog orang lain yang cun cantik menawan tuh . Pantang tengok mesti tangan nih gatal nak tukar jugak . So , this is my new look of my lovely official blogger . Enjoy your day !

Bye , assalamualaikum .

Wednesday, 26 March 2014

TAKZIAH MH370

 
 

Semua orang sedia maklum dengan tragedi yang menimpa MH370 ini . Aku ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa MH370 . Semoga mereka diberikan ketabahan , kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi dugaan dan ujian dari Allah ini . Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan lebih menyayangi mereka . Kita hanya merancang tetapi sebaik-baik perancang hanyalah ALLAH SWT . Doa akan sentiasa mengiringi mereka . AL-FATIHAH

Monday, 24 March 2014

Result SPM 2013


 




Hai semua . Bercerita pasal result SPM , baru hari nih aku nak update pasal result aku . hihi . setelah beberapa hari dari tarikh result SPM diumumkan baru nak update ? derr... apalah kau ni . haha . mestilah . sebabnya result aku bukanlah gempak bak gunung everest nuhh . kalau gempak straight A ofcourse lahh malam tu jugak aku hupdate tau.. haha :D jangan riak wahai asmaniza ! 
apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah Swt kerana telah memberikan kejayaanku dalam peperiksaan SPM 2013 ini . Alhamdulillah :) walaupun result ini tidak seperti yang aku target dan harapkan , aku tetap bersyukur dengan apa yang diberi . sekurang-kurangnya tak dapat gagal pun dah dikira nikmat besar tau . Aku check result aku pun melalui online (internet) . Apabila dia terpapar je kat depan skrin . Mata aku membulat dan bibirku tidak berhenti-henti mengucapkan kata syukur . Aku akui memang aku agak kecewa sedikit sebab tidak dapat menunaikan permintaan mama dan abah untuk tengok anak sulongnya ini mendapat keputusan cemerlang tapi apa-apa pun aku tahu mama dan abah tetap gembira dengan apa yang aku dapat walaupun tidak seperti yang mereka harapkan . Aku tahu disebalik semua ini pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri . walaupun aku merancang,berusaha dan berdoa , hanya ALLAH sahaja yang berhak menentukan . Inilah ujian buat aku . Ujian yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan tenang . 

Selepas melihat keputusan aku sendiri , aku cuba bermuhasabah dan menasihati diri sendiri . kalau selama ini aku boleh menasihati dan memberi semangat kepada kawan-kawan kenapa tidak pada diri aku sendiri , kan ? Dunia ini merupakan pentas ujian , sekiranya kita mahu lulus dan berjaya maka perlulah bersabar dan banyakkan berdoa . Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang hambaNYA melebihi kemampuan yang ada pada diri seseorang hambaNYA itu . Jadi pada kawan-kawan yang dapat result kurang baik atau sederhana , janganlah terlalu bersedih dan berputus asa . Kuatkan semangat dan teruskan berusaha . Masih ada banyak masa untuk kita memperbaiki diri kita sendiri . Apa yang penting jangan berhenti belajar dan mencari ilmu . Kepada kawan-kawan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang , TAHNIAH aku ucapkan :) kepada yang berjaya pun jangan berhenti mencari ilmu dan kekalkan prestasi untuk mencapai lebih banyak kejayaan . 


Biar pun aku mempunyai harapan dan perancangan aku sendiri , tapi Allah lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui . Sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada Allah . Sebenarnya seminggu sebelum nak ambil result nih aku dah rasa lebih tenang . Mungkin disebabkan doa-doa yang aku baca maka Allah kabulkan doa aku . Disaat aku mengetahui keputusan aku barulah aku faham kenapa aku lebih tenang mengambil keputusan SPM berbanding waktu dulu-dulu ketika UPSR dan PMR . Rupanya Allah nak ajarkan aku untuk lebih tenang dalam menerima apa jua keputusan sama ada baik atau buruk , aku tetap perlu menerima kenyataan . Akhirnya , aku terima result aku dengan penuh lapang dada .

Aku minta maaf sebab tak dapat nak kongsikan gambar sijil SPM aku , jadi aku list kat bawah nih ajelah ya :)

BAHASA MELAYU-A
PENDIDIKAN ISLAM-A
PENDIDIKAN SENI VISUAL-A
SEJARAH-A
MATHEMATICS-A-
BAHASA INGGERIS-B+
PHYSIC-C+
LUKISAN KEJURUTERAAN-C+
CHEMISTRY-D
ADDITIONAL MATHEMATICS-D


SPM 2013 = 4A 1A- 1B+ 2C+ 2D

Friday, 7 March 2014

aku dapat PLKN .

 
Selamat malam guys ! Malam nih mood aku excited nak cerita pasal PLKN . Semalam kawan aku si syifa syairah ada send message kat aku . Dia bagitau yang dia dapat PLKN kumpulan 2 kat langkawi . Elok jaa aku baca terus aku menjerit . Langkawi beb ! Jauh nun di sana . Tapi ada orang kata best kat sana . Btw , aku terus fikir pasal kem aku pulak . Terus aku check guna message . 

PLKN KEM NO. K/P hantar ke 15888

Tidak lama kemudian ..
message masuk !

PLKN: KUMP 2: KEM PLKN DAMAI PARK RESORT , MERBOK , KEDAH .
PKP : STADIUM MINI KULIM. LAPOR : 07-APR-2014, 9:30 PG

Lepas jaa aku baca message nih terus jerit buat kali kedua . HAHA :D
Then , aku bagitau mama , adik-adik and hantaq message kat abah jugak . Lepas baca , jerit , fikir , senyum dan macam-macam barulah aku balas message syifa :)

So, aku tak senang duduk bila memikirkan pasal PLKN dengan lesen kereta lagi . Fuhh! Dengan no pin UPU tak beli lagi . Isi online UPU lagilah tak . Btw, aku tetap rasa teruja nak pi . Aku rasa aku pi tak lama kut . maybe dalam sebulan . Yelahh , 20 mac nih dapat result SPM dah . Lepas tuh mesti surat tawaran sambung belajar akan sampai punya selepas beberapa hari atau beberapa minggu . So, aku tunggu nak sambung belajar cepat-cepat . HIHI :)

Dengar aktiviti yang depa buat kat PLKN macam best ja . So, aku nak jugak dapat pengalaman tuh . Bukan senang nak dapat :D apa-apa pun mesti ada hikmah kenapa aku dapat PLKN kan ?

Doa untuk aku tau :) Semoga kami batch 96 mendapat keputusan SPM dengan cemerlang sekaligus tidak menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru kami , INSYAALLAH :)