Saturday, 5 April 2014

Mini GA I LOVE MONOPOD by Emas Putih

 
Hari ini join satu MINI GA I LOVE MONOPOD BY EMAS PUTIH dan menjadi SPONSOR kepada APRIL-MAY GA BY AMIRAH . huhu . bestnyaa :)
dalam nak pergi plkn sempat lagi join GA nohh . haha . Okaylah , akak Uzu .. saya join GA akak !! hehe :)


As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Thursday, 3 April 2014

persiapan aku ke plkn

 
Hari ini sekitar jam 1.00 petang , hujan mula turun membasahi bumi , di mana tempat tinggal aku kini . Hujan yang agak lebat membuatkan seluruh ruang rumah menjadi sejuk dan nyaman . Alhamdulillah ! Dikala saat ini negeri lain ditimpa musibah kekurangan air , negeri kedah daerah kulim dilimpahi rahmat dan nikmat hujan oleh yang Maha Kuasa , Allah SWT .

Saat dan ketika itu jugalah aku mula terasa bersemangat untuk mengemas segala barang dan kelengkapan aku untuk ke plkn pada 7 april ini . Sebelum aku memulakan acara aku , aku buat satu list yang penuh dua muka surat , haha . List apa lagi kalau bukan list segala barang yang aku nak bawak . Then barulah aku start . 

Mula mengelap beg roda a.k.a beg tarik yang sudah sekian lama berhabuk dan kemudian aku mula mengisi segala pakaianku ke dalamnya . memang penuh dan padat tak payah cakaplah . Maklumlah , persediaan untuk ke plkn selama tiga bulan . Sudah semestinya padat bak iklan milo . haha . 

Selepas mengemas pakaian , aku mula mencari barang-barang peribadi seperti sabun basuh baju , shampoo , sabun mandi , ubat gigi , berus gigi , dan banyak lagilah . Selepas pastikan semuanya ada , barulah aku susun satu persatu dengan kemas and then masukkan ke dalam beg purple aku . Beg purple tuh sebenarnya beg sekolah aku masa form 4 , form 5 dulu . So , masih elok , guna ajelah . Yang stylenya bagi aku ialah , aku bubuh sabun basuh baju dalam bekas nata de coco . haha . yelah . aku beli sabun yang serbuk nuh , takkan nak bawak pakai plastik aje . susahlah . so , ada bekas kosong aku guna ajelah . haha .nanti pi sana jangan depa makan pulak , kut-kut lahh ingat makanan . Naya aku ! haha

Cuma ada beberapa sahaja lagi keperluan yang belum aku kemas . Pasal surat yang belum di isi sepenuhnya lagi . Dan segala salinan sijil-sijil dan IC serta bukti surat aku yang menghidapi penyakit G6PD . Haa , masalah jugak tuh . Mana tau depa mintak . So , get ready siap-siap . senang nanti .. pasal medical check up memang aku tak pi buat pun sebabnya kawan sekelas aku , Noraza Syafika dengan my adopted sister , haha a.k.a Kak Zana pun cakap tak payah . sebabnya ..... nanti kat kem pun kena buat medical check up jugak . So , tak payah buatlah . malas aku ! hehe .

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku berpindah ke dunia baru , bersama dengan kawan-kawan baru , suasana baru dan macam-macam lagilah yang baru . Aku harap semuanya dipermudahkan dan segala urusan dapat berjalan dengan lancar . Aku pi plkn berbekal semangat dan keazaman yang baru , aku harap aku akan dapat pengalaman dan memori yang bermakna bersama pelatih-pelatih yang lain . Insha Allah ! :)

aku selitkan dua gambar yang sempat aku tangkap tadi , haha . saja nak share :)


Dua buah beg yang padat dengan segala barang-barang dan pakaian , huhu :D



salinan sijil dan surat yang masih belum lengkap sepenuhnya , maybe malam nih kut aku nak settle kan semua nih , hikhik :)

Okaylah , aku full stop sampai sini dulu . Insha Allah , kalau ada rezeki , kalau aku rajin aku akan post lagi entry yang seterusnya . terima kasih sudi baca dan singgah blog aku yang tak seberapa nih . okay , bai . take care , assalamualaikum :)

aku tidak mengharapkan jumlah followers yang ramai , tetapi aku hanya mengharapkan kesetiaan seseorang yang sudi membaca post aku . terima kasih kepada yang setia :)

Tuesday, 1 April 2014

FREEBIES cute assalamualaikum transparent 1

 
Selamat petang . Hari nih kali kedua aku post pasal FREEBIES . FREE and tak perlu bayar . Macam biasa lepas amik comment kat mana-mana pun tak apa . Asalkan bagitau yang korang amik okay . Kalau nak RE-FREEBIES , please credit to me okay =)














FREEBIES cute assalamualaikum transparent

 
Hai , semua . Petang nih aku takmau cakap banyak . Aku just nak bagi FREEBIES ja . FREE aje pun . tak kena bayaran . Sapa nak boleh aje amik . Bila amik comment laa kat mana-mana . At least bagitau okay . Just a simple font yang aku download masuk dalam notebook aku . hehe .
Okay , berhenti kat sini dulu . selamat berblogging semua =)