Tuesday, 17 March 2015

semester DUA

aku ingin  terbang....


Hari ini, bulan ini, tahun ini ... akhirnya dapat balik online untuk kembali ke dunia bloggger.Aku dah macam chipsmore dah kat sini.Kejap ada kejap hilang.Ketika menaip ini actually aku lapar sebenarnya.So aku nak teruskan juga cerita walaupun tak penting sangat pun. hehe ..

Dah masuk dua bulan lebih aku berada di semester kedua di Pusat Tingkatan Enam Mod 1 SMK Taman Mahsuri.Perlukah aku sebut sekali nama sekolah itu? haha , takpa saja panjangkan cerita.Hmm, Sem 2 memang mencabar jugak sebab ada kerja kursus atau PBS subjek Pengajian Am.Kerja kursus PA ini memang serabut sebabnya notebook aku bermasalah.So, kena la buat kerja dalam handphone.Apa guna ada teknologi kalau tak guna,kan? Baru-baru ni dah pergi hantar kedai untuk format balik yang Microsoft Office sebab masa format kali pertama tu orang kedai tu masukkan Microsoft Office yang 2003 punya.Wehh, 2003 tu orang zaman sekarang dah tak pakai laa.Tu zaman tok naduk nuh..Tak pasal-pasal ja nak masukkan bahan yang cikgu pun bermasalah.Punca segala-galanya.Terbang lima puluh ringgit tapi tak berguna pun.Cehh, geram pulak bila aku ingat balik.Sekarang notebook purba aku ni dah okay balik cumanya dia buat hal lain pulak.Memang dugaan dalam proses menyiapkan keja kursus nih.

Cabaran kedua aku masa sem dua ini ialah subjek Bahasa Melayu dan Seni Visual.BM semester dua ini semua belajar tentang tatabahasa.Exam pun tak ada KARANGAN! Actually ramai yang suka sebab tak ada karangan exam semester dua ini tapi bagi aku rasa macam ada kekuranganlah.Sebabnya ? Sebab aku rasa karangan tu boleh membantu aku untuk dapatkan markah dan .... actually aku suka jugak karangan nih kadang-kadang. hehehe... Aku memang alah dengan tatabahasa sebab aku tak suka.Aku memang tak suka tatabahasa tapi apakan daya kena jugak belajar.Subjek Seni Visual aku risau sebab semseter dua kena melukis.So perlukan skill yang mantap untuk dapat A.Bukan senang untuk dapat A seni sebab cara pemeriksa semak tu kita tak tahu macam mana.Bagi pandangan kita mungkin lukisan tu dah cantik tapi bagi pemeriksa mungkin lain.So kita kena pandai gunakan teknik,skill dan perspektif kita ketika melukis.Memang mencabar laa...

Ada satu hari cikgu Fuad tanya, "Secara jujurnya ada tak sesiapa yang masih tak berminat dengan Pengajian Perniagaan? angkat tangan.Jujur je."

Aku pun angkat tangan dengan jujurnya.Then, cikgu pun tanyalah kenapa? Why? Bagi sebab?

Aku jawab, "Entah.Saya memang tak minat PP pun."

"Maknanya belajar sebab ada dalam pakej laa.hmm, okay okay." kata Cikgu Fuad.Aku hanya mengangguk tanda setuju.Memang betul pun.Tak bermakna aku tak minat aku tak nak belajar.Walau apa cara sekalipun nak dapat result elok kena jugak belajar,jawab exam.So, tak salah kalau aku tak minat and then aku try jugak belajar.Belajar tak rugi dan bagi aku yang rugi adalah kita tidak belajar untuk tahu sesuatu perkara.Betul tak?

Okay, stop sini dulu.Nak pergi makan.hehehe...

status :
1) aku ketagih tengok movies dah sekarang nih ..
2) hari khamis nih nak pi LANGKAWI. tengok LIMA 2015.