Friday, 15 May 2015

MUSIC

 
Hai , hari ini nak cerita pasal lagu atau dalam bahasa inggerisnya ialah music.Well , semua orang tahu music tu apa dan semua orang pernah mendengar music.Tipu la kalau tak pernah dengar music melainkan kalau dia mempunyai kekurangan upaya seperti pekak.

Bagi aku music itu umpama irama dan melodi yang menjadi salah satu hobi yang aku gemari.semua jenis genre music aku dengar kecuali rock,dangdut.Genre tu aku tak berapa minat tapi kalau dia best aku layan jugak.Ikut mood jugak laa.Since aku minat dengar lagu,aku akan gunakan masa terluang aku dengan dengar music even kalau tengah buat kerja yang memboringkan.Yalah nak ceriakan suasana dan mood.Sambil buat kerja sambil dengan lagu mestilah rasa best sikit.Tak adalah boring tahap gaban.

Bila hang dengar lagu?

anytime when i want dan paling penting sebelum tidur  mesti dengar lagu.Kalau tak dapat dengar lagu sebelum tidur, aku akan pakai jugak earphone seolah-olah macam aku dengar lagu.haha...confirm orang kata aku gila.tapi aku tak kisah sebab tulah diri aku.

Kenapa mesti dengar lagu sebelum tidur?

Untuk jadi lagu tidur.haha.. baru laa lena.ralit dengar lagu sampai tertidur.Nasib baik ada auto off music kalau dak mesti habis bateri phone aku.kadang-kadang auto off music tu berfungsi baik tapi kadang-kadang dia gila jugak.Aku sayang telefon samsung champ pink aku tu.Even dia kecil tapi auto off music dia tak menghampakan aku.kenapalah dia rosak..sayangnyaa..

genre music apa yang selalu dengar?

Kpop laa.Haha..Dulu selalu dengar lagu indon dengan melayu.tapi sekarang dah tukar mood.Lagipun sekarang kan dunia kpop.Lagu-lagu ,melayu yang best aku dengar jugak.kadang-kadang english song.Apa-apa pun ikut mood aku la nak dengar genre mana satu.tapi banyak lagu kpop laa.haha..

berapa banyak music dalam phone?

Banyak...Lebih kurang 600 lebih lagu dalam file music in my phone.Hahaha..takkan mampu nak dengar semua tu dalam masa sehari.gila ko banyak tuhh! Setiap kali lagu baru keluar dan best-best mesti aku download.Kadang-kadang bluetooth dengan shikin (adik).Kami dua memang hobi suka dengar lagu la.Minat pun genre yang sama.haha. so no problem la kalau nak buka lagu guna loud speaker pun. hehe..

Music KPOP paling suka dengar lagu apa?

lagu nyanyian INFINITE contoh macam BACK,BE MINE,BTD dan lagu nyanyian VIXX macam ERROR,ETERNITY.Lagu nyanyian BTOB,insane pun best jugak.2PM,BEAST lagu shadow dan banyak lagi laa.Seriously, banyak lagu depa nih yang best.

Lagu melayu yang best?

Banyak lagu best-best..Relakan jiwa,alasan untuk bahagia,senyum,knock-knock,lagu-lagu nyanyian sixth sense dan banyak lagi laa.tak larat nak type banyak-banyak dohhh..Dulu aku peminat lagu sixth sense kut.haha..

Kesimpulannya, aku memang seorang yang suka dengar lagu tidak kira di mana jua aku berada.Kalau waktu belajar aku akan buka lagu yang jenis instrumental.perghh! barulah semangat nak study.haha. okay laa. nak sambung study.wish me good luck in my final exam next week.take care.

Thursday, 14 May 2015

Repeat ?

 
Selamat malam....

Sihat? Kalau sihat Alhamdulillah.Tiba-tiba,aku pulak yang rasa tak sihat.sebabnya? esok dah start peperiksaan STPM penggal 2 2015!! tapi aku tak ada paper esok.aku start selasa minggu depan baru ada paper.

SELASA-PENGAJIAN AM
RABU-BAHASA MELAYU dan PENGAJIAN PERNIAGAAN
KHAMIS-SENI VISUAL

Seriously, aku takut dan gementar.cepat betul masa berlalu.tak sangka dah final semester 2.apa-apa pun aku harap aku boleh jawab dengan baik dan boleh score pointer yang lebih baik dari percubaan baru-baru ini.

Cerita bab repeat, actually sekolah aku terutamanya upper student laa sibuk sungguh dengan pendaftaran peperiksaan ulangan penggal 1.Beli no pin la apa laa.maklumlah tarikh daftar nak tutup dah.semua sibuk cari duit nak repeat.

Actually aku pun repeat satu subjek.Subjek pengajian am.Ramai kawan-kawan cakap, "result hang elok dah kut.Kenapa nak repeat?"

then, aku jawab "aku nak baiki pointer dan nak cover subjek pengajian am penggal 1 sebab penggal 2 dan 3 nih aku belum tentu boleh dapat A.At least aku ada boleh recover dengan result penggal 1."

Bukan nak tunjuk pandai or something tapi bagi aku, itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk aku get ready untuk recover balik apa yang patut.Lebih kurang macam perancangan masa depan la.Aku tak ada laa yakin sangat yang aku boleh dapat A dalam subjek tu tapi at least aku cuba dan usaha dapat yang lebih baik daripada yang sedia ada.tak salahkan?

Tapi Alhamdulillah, aku dah daftar kat cikgu Asiah tadi dan terima kasih kat abah sebab tolong beli no pin then mai tolong hantar.Sorry sangat sebab menyusahkan abah dan membazir duit abah semata-mata nak repeat lain.Insha Allah, kakak akan usahakan sampai berjaya dapat apa yang kakak target.

Actually,satu subjek nak repeat bersamaan RM 50.00.Beli no pin kat Bank Simpanan Nasional(BSN).Caj GST RM 1.10 kut kalau tak salah.Kalau silap mintak maaf la yer.hehe..

Ada jugak classmate aku yang repeat sampai 4 paper(semua subjek).Seriously, banyak kut.Dah laa dengan semester 3 lagi.Banyak benda nak kena study, nak kena kejar.Kalau aku seriously tak mampu.Aku sebagai kawan hanya dapat tolong apa yang patut aje dan berdoa supaya Allah permudahkan urusan kami semua dalam menuntut ilmu dan menjawab exam.Bukan senang nak berjaya dan bukan susah untuk gagal tetapi aku akan usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2015 selepas kegagalan SPM 2013.Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya.Apa yang penting tiada istilah berputus asa dalam kehidupan...

Bukan nak menunjuk tapi saja nak bagitau sebab bila dah baca post aku nih mesti tertanya-tanya jugak apa result aku sampai nak repeat kan?So, this is my result for semester 1 STPM 2015.Mesti hampa akan kutuk aku,tapi takpa aku terima..



Sunday, 3 May 2015

BELAJAR

 
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku menghadapi peperiksaan sebenar penggal 2 STPM 2015.Memang aku mengaku yang mental dan fizikal aku belum ready sepenuhnya tapi dalam masa yang ada ini aku akan cuba lengkapkan apa yang masih belum terisi dalam diri aku.Contohnya, ilmu dan penguasaan aku mengenai topik-topik tertentu.Bila tengok housemate aku sungguh-sungguh belajar dan fokus aku jadi bersemangat nak belajar.Timbul keinginan nak berusaha untuk capai apa yang aku rancangkan selama ini.
Tak mustahil untuk dapatkan 4 flat dalam STPM tapi untuk menjadikan sesuatu yang tak mustahil supaya menjadi kenyataan memerlukan usaha,komitmen dan fokus yang bersungguh-sungguh di samping tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Aku pernah rasa hilang semangat untuk belajar tapi aku sedaya upaya memberikan motivasi kepada diri aku sendiri.

Sebenarnya, aku lebih banyak bersama telefon selain daripada belajar.Itu salah satu faktor yang menyebabkan aku jadi malas nak belajar.Faktor paling terbesar masa aku dalam kelas adalah mengantuk.Setiap kali waktu kelas aku mesti mengantuk.Fokus aku hanya setengah jam pertama then fokus aku automatik akan hilang selepas tu.Aku pun tak pasti sejak bila mengantuk ni mula menguasai aku sedangkan aku selalu tidur cukup masa.Mungkin aku kurang aktif sebab tu aku selalu mengantuk.maybe la...

Aku perasan yang aku lebih rajin sejak berada di tingkatan 6 berbanding masa aku form 4 and form 5.Subjek aku ambil masa SPM punyalah banyak tapi tak ada laa rajin sangat.Mungkin kesan dia lepas aku dapat result SPM kut.Result yang tidak mencapai target.Mungkin tu sebabnya aku usaha nak bagi capai jugak apa yang aku nak.Aku harap sangat motivasi diri aku untuk terus belajar tak luntur sebab aku tak nak sia-siakan masa hidup aku dengan tidak belajar atau tidak menuntut ilmu di bumi Allah ini.