Friday, 10 July 2015

Kekemasan dan kebersihan ?

 
Selamat berpuasa !

hai , topik hari ini pasal kekemasan dan kebersihan .
why? kenapa tajuk tu? macam boring je ...
boring ? memang boring tapi yang boring ni la orang suka abaikan.
kenapa hah? tak penting ke kekemasan dan kebersihan ?
mestilah penting . terutama kekemasan dan kebersihan diri.kena jaga penampilan,pakai cantik-cantik,pakai kemas-kemas.
tapi takkan penampilan diri aje nak jaga? yang lain? nak abaikan ke?
actually , kekemasan dan kebersihan tu perlu diambil dari keseluruhan aspek termasuklah diri dan persekitaran.Kekemasan dan kebersihan melambangkan identiti seorang itu pembersih atau pengotor.Buat apa pakai cantik-cantik,make up lawa-lawa tapi bilik kat rumah bersepah,katil/tilam berselerak, almari baju,buku dan lain-lain bersepah,rumah tak kemas. tak malu ke kalau orang nampak?
biar kita tak pandai asalkan kita ada budi bahasa dan kebersihan dijaga barulah orang hormat.Pandai itu hanya kelebihan.Allah dah bagi setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.Kejayaan pula diperoleh melalui usaha diri sendiri.Even dia tak pandai, kalau dia berusaha mesti dapat jugak kejayaan.betul dak?
So, bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.Kebersihan dan kekemasan tu Allah tak beri okay.Kita yang kena pandai handle,urus dan jaga.Benda lain boleh handle, takkan nak jaga kebersihan pun tak boleh? Rasanya tak susah pun kan?
Even muka kita cantik sekalipun tapi tak kemas,tak bersih,malas tetap jugak orang akan mengata.Memang sikap manusia ini suka mengata walaupun benda tu betul dan tak salah.Lumrah manusia.Tapi tak bermakna kita nak biarkan diri kita nak ikut kata-kata orang.Belajar untuk menjadi seorang manusia yang menjaga kebersihan dan kekemasan.Dalam agama Islam sendiri pun mengatakan kebersihan itu adalah sebahagian dari iman.Mana ada orang suka kotor.betul dak? 
Lumrah manusia, nak yang bersih,cantik,kemas tapi diri sendiri yang tak ada kekemasan dan kebersihan.macam tu jugak Allah mementingkan kebersihan dalam agama Islam.Aku yakin dalam mana-mana agama pun mementingkan kebersihan dan kekemasan.For your information, syurga pun tempat yang bersih,kemas dan cantik.so, macam mana kita nak masuk syurga kalau kebersihan dan kekemasan diri sendiri tak terjaga.
Cuba bayangkan, kalau semua orang dalam dunia menjaga kebersihan dan kekemasan terutamanya tandas, mesti kita tak perlu nak upah orang atau pekerja untuk cuci tandas awam.kan dah jimat duit kat situ? Sekarang negara dah maju dan penuh dengan teknologi tapi masalah kebersihan tetap masih tak dapat dibendung.Kenapa benda ni jadi?
Sebab sikap manusia yang tidak ambil peduli dan tiada rasa tanggungjawab nak jaga kebersihan.Masing-masing akan mengharapkan orang lain yang akan buat kerja tu.last-last tak ada sapa pun buat.So, macam mana la negara kita nak bersih?
Kebersihan sesebuah negara bermula dengan diri kita sendiri.Kalau masing-masing menjaga kebersihan dan ajar diri untuk sentiasa kemas,negara kita pun takkan menghadapi masalah kekotoran.Kalau semua lapisan masyarakat mengamalkan kebersihan dan kekemasan dalam hidup diaorang,barulah negara boleh maju terutama melalui sektor pelancongan.Pelancong nak datang pun seronok.Pendapatan negara pun sudah tentu akan meningkat melalui kedatangan pelancong.
Kita patut contohi negara yang mengamalkan sistem kebersihan yang baik speerti Jepun,Korea,Singapura.Siap ada yang kena denda,guna teknologi dan macam-macam lagi la.So, bila la rakyat Malaysia nak berubah?
Yang penting diri sendiri tu dulu.start ajar diri untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri serta persekitaran.Kerja sesibuk mana pun jangan sesekali mengabaikan kebersihan dan kekemasan.
Rumah adalah tempat tinggal kita, so kena la jaga kebersihan dan kekemasan rumah.Bagi orang islam, kita wajib untuk solat, so rumah adalah tempat kita untuk beribadat jugak.pastikanlah rumah kita sentiasa bersih dan kemas supaya kita lebih selesa menghadap Allah.faham tu?