Saturday, 26 September 2015

Busy

 
hai, sihat? dah lama tak update. Sebenarnya sejak aku masuk penggal 3 nih, aku dah jadi ala-ala perdana menteri sebab busy memanjang. Busy dengan kerja kursus penggal 3, nak trial exam lagi, dengan nak buat persiapan untuk pameran lagi and so on lahh. So, aku memang takdak masa nak update bagai sebab bila ada masa aku akan luangkan masa tu dengan tonton drama korea. haha :D Bak kata aku , release tension! Sebelum itu tak lupa aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslim. Masuk hari ni dah Raya Aidiladha yang ketiga . Makan daginglah minggu nih kita :)

Now, aku nak kongsi pasal activity aku minggu depan . Untuk pengetahuan semua, minggu nih cuti seminggu so boleh la nak rileks kejap sebabnya minggu depan dah trial exam , 2 hari. Lebih kurang study week la minggu nih. Studykah aku ? haha. Doakan aku dipermudahkan jawab  exam k ! Lepas trial exam ni, malam rabu aku akan bertolak ke Kuala Lumpur mengikuti lawatan Pra-U Pusat Tingkatan 6 Mod 1 SMK Taman Mahsuri selama 3 hari 2 malam bersama dengan guru-guru dan semua pelajar PRA-U. Dengar cerita, lawatan kami dinaiki dengan 10 biji bas. 10 biji bas?! gila banyak! hahaha . buat teruk* 

Pada 4 oktober hingga 8 oktober 2015 pula, kami pelajar PUAK7 akan sibuk dengan Pameran Seni Visual 970/3 STPM 2015 yang berlangsung selama seminggu. So, minggu ni dengan minggu depan aku kena siapkan katalog bersama housemate aku , amalina . Kami dua di bahagian katalog . Kalau tak siap markah kerja kursus penggal 3 kami nanti takdak la , so kena buat bagi siap . Selepas selesai semua nih , InshaAllah aku bebas dan ada banyak masa untuk prepare for exam . So, wish me luck and may Allah ease everything, Amin :)