Wednesday, 30 December 2015

10 sebab kenapa aku suka layan drama korea

 
Hai, hari ni nak update pasal kenapa aku suka menonton drama korea? kenapa huh? apa yang bestnya cerita korea ni? kenapa ramai sangat orang minat korea? ada yang akan cakap minat korea sebab orang korea cantik-cantik dan hensem-hensem . ada yang akan cakap minat running man je . ada jugak yang akan cakap minat lagu-lagu korea atau fesyen diaorang dan banyak lagi. Bagi aku, semuanya aku minat tapi ikut kesesuaian la . Sekadar minat sahaja dan suka-suka . Dulu aku start minat tengok running man je tapi bila lama-lama aku start minat lagu diaorang then berpindah kepada drama lakonan diaorang. Bagi orang yang minat korea akan cakap best , bagi yang tak minat akan kutuk macam-macam la. By the way, setiap sesuatu pasti akan ada baik dan buruknya. Jadi bila aku menonton drama korea aku akan ambil positif, yang negatif tolak tepi. abaikan je!



Kenapa aku suka menonton drama korea? ni jawapan dia..



Dapat mengetahui tentang sesuatu perkara seperti dunia pekerjaan

Dalam drama korea pasti akan menceritakan tentang dunia pekerjaan. Sebagai contoh, dalam drama Pinocchio menceritakan tentang kerjaya wartawan manakala dalam drama I Can Hear Your Voice menceritakan tentang kerjaya seorang peguam. Hal ini dapat menggambarkan sedikit sebanyak informasi tentang sesuatu kerjaya. Contoh kerjaya lain seperti doktor, usahawan, peladang, polis dan lain-lain. Cerita mengenai kerjaya ini dapat membuka minat dan minda seseorang terhadap sesuatu kerjaya yang ingin diceburi.

Tidak mempunyai banyak episod

Kebanyakan drama korea yang aku tengok mesti episod dia tak banyak dan jalan cerita dia pun tak berjela-jela . habis kuat pun ada 21 episod , 20 episod atau 16 episod je . Jalan cerita dia pun best .  Aku tak suka drama yang episod dia sampai berpuluh-puluh, beratus-ratus . Bagi aku bila banyak sangat episod jalan cerita dia akan semakin mengarut dan terpesong . Biar episod tak banyak asalkan cerita tu ada pengajaran . Bagi aku yang jenis suka download ofcourse la tak suka episod banyak-banyak . jenuh pulak nak download , hahaha .


jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan

Kebanyakan drama korea yang aku tengok mesti best-best sebab jalan cerita dia menarik dan penuh adventure . Jalan cerita dia yang diselitkan dengan emosi, suspen, misteri dan lain-lain membuatkan drama tersebut tidak bosan untuk ditonton . Seolah-olah kita pulak yang sedang jadi watak utama . over lebih . hahaha

 dapat mempelajari bahasa korea

Bagi sesiapa yang minat nak belajar bahasa korea bolehlah layan drama korea. At least boleh biasakan diri dengan mendengar cara percakapan dan sebutan dalam bahasa korea.

 meningkatkan kefahaman dalam mempelajari bahasa inggeris melalui subtitlenya

Kalau tengok drama atau movie luar negara, aku mesti kena tengok yang ada subtitle sebab aku tak faham bahasa lain. At least bila ada subtitle dalam english boleh jugak faham jalan cerita. Faham jugaklah apa dia cakap. Aku tak kata yang english sub diaorang semua 100% betul. Tapi at least boleh perbaiki grammar dan kefahaman kita dalam bahasa inggeris. So kalau baca subtitle yang guna perkataan yang kita tak faham kita boleh cari maksud dia. Dari situ kita dah belajar benda baru even sikit.

 menyuntik semangat dan motivasi untuk belajar

Aku tak nafikan bila aku tengok drama korea yang cerita bab-bab study and belajar, aku pun terpengaruh nak jadi rajin belajar. Naik jugaklah mood aku nak study masa aku belajar form 6. Kebanyakan drama korea selalu tunjuk tentang betapa pentingnya study dan dapat result cemerlang. Mungkin orang korea utamakan pencapaian dalam belajar termasuklah kita kan? So, sambil layan drama boleh tingkatkan mood nak belajar. Tapi aku tak jaminlah mood tu akan berterusan. Sekurang-kurangnya boleh jugak ada mood nak belajar. Apa yang penting usaha dan tak berputus asa!

 mengenal pasti nilai-nilai murni dan pengajaran yang ditonjolkan dalam drama

Bagi aku, semua drama atau movie pasti akan terselit nilai-nilai murni atau pengajaran yang ingin disampaikan kepada audiens. Betul tak? Sama jugak bila aku layan drama korea terutama pasal friendship dengan family. Contohnya drama Sassy go go atau dipanggil Cheers Up yang menceritakan tentang persahabatan walaupun berbeza kebolehan dan mempunyai masalah masing-masing. Dalam drama I Can Hear Your Voice pulak menunjukkan bahawa sikap dan perasaan dendam kepada orang lain hanya mengundang masalah kepada diri sendiri dan dendam juga tidak sepatutnya dipendam. Sebaliknya belajar memaafkan kesalahan orang lain dan menerima sesuatu dengan hati yang terbuka.

 dapat mengetahui budaya luar

Bila kita menonton drama atau movie luar, kita boleh mempelajari budaya dan sejarah mereka. Dari situ kita dapat tahu tentang cara pemakaian mereka ketika zaman Joseon Era dan kehidupan mereka yang berbeza daripada kita. Dapat jugak pengetahuan selain daripada kita pergi melancong ke luar negara. Dari segi makanan, cara masakan dan pakaian juga dapat diketahui melalui tontonan drama atau movie mereka.

 Meningkatkan amalan suka membaca untuk menambah pengetahuan

Kebanyakan dalam drama korea akan menunjukkan part mereka ketika membaca atau pergi ke library. Hal ini membuktikan mereka suka membaca untuk mengetahui tentang sesuatu perkara even dalam study. Bagi sesiapa yang tak suka membaca atau kurang minat membaca bolehlah tingkat minat nak membaca. Bagi aku membaca ni memang best daripada menghafal. Bila kita baca benda yang kita suka atau benda yang kita minat nak tahu, automatik otak kita senang nak ingat berbanding kita paksa otak kita baca untuk hafal benda yang kita tak suka semata-mata nak jawab exam terutamanya. Betul tak?

 menceritakan tentang sesuatu isu atau isu semasa

Pendek kata, setiap drama korea yang aku tengok akan cerita isu yang berbeza seperti gempa bumi, buli, penculikan, penyakit, pembunuhan, fesyen pakaian, pembedahan, persahabatan dan lain-lain. Contohnya drama korea yang aku tengok;

D-Day=gempa bumi, pembedahan, hospital dan kerjaya doktor
Hyde, Jekyll and Me and Pinocchio=penyakit (ada sikit perubahan daripada penyakit asal)
Doctor Stranger=pembedahan , doktor
I Can Hear Your Voice=kerjaya peguam
Pinocchio=kerjaya wartawan
She was pretty=majalah, editor, fesyen pakaian
Who are you:school 2015= kes buli

dan lain-lain...

So, inilah pendapat aku tentang 10 sebab kenapa aku layan drama korea. This is just my opinion. Bagi aku tonton drama atau movie daripada mana pun still sama jugak reasons dia macam di atas. Just ambil yang positif dan tolakkan yang negatif!

dont simply judge people. Lain orang lain minatnya. Biarlah seseorang tu nak minat apa pun sebab tu minat dia. Kita bukan sesiapa nak halang minat dia asalkan kita pandai memanfaatkan minat kita ke arah yang lebih baik.

Thank you for reading!

Monday, 21 December 2015

Profile and Facts about Housemate 208

 

Bismillahhirahmanirrahim..


Hari ni aku akan mulakan Housemate Stories dengan mukadimah yang cukup simple dan menarik untuk dibaca. Bagi aku inilah pengalaman pertama kali tinggal di rumah sewa bersama dengan 6 orang rakan yang lain. Jadi aku ingin berkongsi serba sedikit pengalaman, cerita dan lain-lain kepada semua pembaca termasuklah yang mengenali kami atau pun yang tidak mengenali kami. So, harap semua readers enjoy membaca satu persatu profile and facts mengenai kami semua selama setahun lebih kami tinggal bersama dan berjuang dalam menempuhi STPM 2015. [Setiap profile and facts in ditulis oleh mereka sendiri sebelum ditulis semula dalam post kali ini.]


*Nama dibawah hanya ditulis dengan empat huruf sahaja dan profile disusun mengikut tarikh kelahiran.


                       


I would rather walk with a friend in the dark, than alone in the light. 

Helen Keller




AMAN



NAMA PENUH                           
Amalina Fakhira Binti Mazlan

NICKNAME DALAM KELUARGA
Mekna

NICKNAME DI SEKOLAH
Aman

TARIKH LAHIR                       
2 Januari 1996

HOBI                                           
suka makan dan tidur

TULIS TANGAN                           
tangan kanan

KELAS                                         
PURK 7 dan PUAK 7

BILIK NO                                
3 (stay dengan asma)

WARNA YANG DISUKAI           
semua warna

MINAT(INTEREST)                   
 tak sure. pelancongan @ perniagaan maybe..

POSITION                                   
oldest in housemate and leader in eating, haha

KELEBIHAN                                 
Pandai melukis, memasak, mengemas

KEKURANGAN                        
gayat tempat tinggi dan alah pada habuk

PRINSIP                                     
Jangan bandingkan aku dengan orang lain.






IEKA


NAMA PENUH                       
Nursyafikah Binti Khairulnizam

NICKNAME DALAM KELUARGA 

Ika/Kakak

NICKNAME DI SEKOLAH         

Ika/Kecik

TARIKH LAHIR                    

21 Januari 1996

HOBI                                  

Baca novel dan surf internet

TULIS TANGAN                     

tangan kanan

KELAS                                 

PURK 3 dan PUAK 3

BILIK NO                             

1 (stay dengan adila dan mimi)

WARNA YANG DISUKAI          

merah dan hitam

MINAT(INTEREST)                 

suka kucing dan tunku jalil (eh?)

POSITION                            

shortest in housemate and leader in Hindustan movies

KELEBIHAN                         

buta nota colour-colour dan pandai reka formula study 
(acah-acah saintis gitu , haha)

KEKURANGAN                      

suka berangan tak kira tempat

PRINSIP                              

Korbankan apa yang kita sayang untuk dapatkan apa yang kita suka.




DILA



NAMA PENUH                      
Nur Adila Binti Zainol

NICKNAME DALAM KELUARGA

La

NICKNAME DI SEKOLAH        

Adila/Dila

TARIKH LAHIR                  

4 Mac 1996

HOBI                                 

melayari internet, makan dan tidur

TULIS TANGAN                    

tangan kiri (kidal)

KELAS                            

PURK 3 dan PUAK 3

BILIK NO                           

1 (stay dengan ika dan mimi)

WARNA YANG DISUKAI       

pink

MINAT(INTEREST)               
 

masakan

POSITION                          

love to smile and leader in cooking

KELEBIHAN                         

memasak

KEKURANGAN                     

tak boleh fokus bila belajar dalam kelas

PRINSIP                            

Jadilah insan yang kuat seperti Rasulullah SAW




RINA



NAMA PENUH                        
Nurina Izzati Binti Mohmad Soib

NICKNAME DALAM KELUARGA  

Izzati

NICKNAME DI SEKOLAH          

Nurina

TARIKH LAHIR                     

24 April 1996

HOBI                                  

making and editing video

TULIS TANGAN                      

tangan kanan

KELAS                                  

PURK 6 dan PUAK 6

BILIK NO                              

2 (stay dengan zati)


WARNA YANG DISUKAI           
biru dan merah


MINAT(INTEREST)                  
pengarahan, nak buka production sendiri


POSITION                          
sub-leader in housemate and leader in making and acting video


KELEBIHAN                           
multimedia, penulis novel dan sastera


KEKURANGAN                       
susah menghafal


PRINSIP                             
Mustahil untuk pengecut!




MIMI



NAMA PENUH                          
Mimi Natasha Binti Johari


NICKNAME DALAM KELUARGA    
Angah/Shasha


NICKNAME DI SEKOLAH           
Mimi

TARIKH LAHIR
16 Julai 1996


HOBI                                     
design baju (drawing), tengok movie dan online instagram

TULIS TANGAN 
tangan kanan


KELAS                  
PURK 3 dan PUAK 3


BILIK NO
1 (stay dengan ika dan adila)

WARNA YANG DISUKAI 

hitam


MINAT(INTEREST)  
suka kucing dan kalau boleh nak buka pusat penjagaan kucing


POSITION 
huggable and leader in photography (selfie)


KELEBIHAN 
memasak, menjahit


KEKURANGAN
cepat bosan bila buat benda yang sama, cepat hilang mood ketika study


PRINSIP     
Usaha kalau nak berjaya



ASMA


NAMA PENUH                         
Nur Asmaniza Binti Mat Ashri


NICKNAME DALAM KELUARGA   
Ema/Kakak


NICKNAME DI SEKOLAH           
As/Asma/Asmaniza


TARIKH LAHIR                      
2 Ogos 1996

HOBI
melayari internet, makan, dengar lagu, tonton drama korea, running man dan movies, menulis dan membaca novel (ada koleksi novel, 21 novel -2 novel hilang)

TULIS TANGAN
tangan kiri (kidal)


KELAS                
PURK 7 dan PUAK 7


BILIK NO   
3 (stay dengan aman)


WARNA YANG DISUKAI
semua warna especially ungu dan hitam


MINAT(INTEREST)
masakan, interior design, art, physocology,sukan. Kalau boleh nak kuasai semua bidang.Teringin nak buka kedai sendiri atau menjadi seorang penulis novel


POSITION
tallest in housemate and leader in housemate


KELEBIHAN 
memasak, melukis, mengemas, menghias, mengedit blog menggunakan blogskin, berkebolehan dalam ICT, menulis (blog/cerita), making and editing video,photography, buat nota


KEKURANGAN
kadang-kadang susah menghafal, tak suka tempat gelap dan cepat panik atau takut kalau duduk tempat gelap seorang diri, mudah terkejut dan cepat gemuruh bila berdiri atas pentas, BMI tidak normal/kurang berat badan


PRINSIP 
Beranikan diri untuk atasi kelemahan dan teroka semua ilmu selagi masih bernyawa




ZATI


NAMA PENUH                        
Nur Izzati Binti Abdul Ghani

NICKNAME DALAM KELUARGA  

Zati/Kak Ngah


NICKNAME DI SEKOLAH          
Zati/Chipmunk/Monster


TARIKH LAHIR                     
25 September 1996


HOBI
membaca novel, mendengar lagu, tidur, layan drama korea dan running man


TULIS TANGAN
tangan kanan


KELAS   
PURK 3 dan PUAK 3


BILIK NO
2 (stay dengan nurina)


WARNA YANG DISUKAI
ungu, hijau dan biru muda


MINAT(INTEREST) 
minat nak mengajar, tak kisahlah jadi cikgu/lecturer. Minat dalam bidang yang ada kaitan dengan nombor (math/ekonomi/akaun)


POSITION
youngest in housemate and leader in best grade in studies among housemate


KELEBIHAN 
suka mengira, cepat ingat, idea spontan, aktif sukan (acara olahraga, short distance), open-minded dan berani (pembunuh bersiri lipan with asma)


KEKURANGAN 
tak suka buat kerja rumah, tidur sampai berjam-jam,susah nak bergaul dengan orang baru, gemuruh depan orang ramai, masalah ketinggian.


PRINSIP
Kalau tak berusaha untuk dapatkan apa yang disukai, maka sukalah apa yang telah diperolehi. If you really want to do something, you will find a way. If you don’t , you will find an excuse.



Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.” 
Muhammad Ali



Thank you for reading!

Thursday, 3 December 2015

Giveaway Disember 2015 Cash RM500

 
Petang nih ema ada join satu GA by Emas Putih. So, korang pun tunggu apa lagi. Jomlah join ramai-ramai. Mana tahu ada rezeki dapat ke, hehe. sambil-sambil tu boleh la blogwalking sekali. 

Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat