Monday, 18 April 2016

Feedback:THE HUNTSMAN WINTER'S WAR

 
Today aku nak cerita pasal THE HUNTSMAN:WINTER'S WAR sebab semalam aku dah selesai menonton movie bergenre adventure fantasy nih with four ladies. So, based on that aku nak kongsilah jalan cerita dia and watak-watak dalam movie nih. So, just read sampai habis, okay?

Bagi yang dah pernah tengok cerita nih, korang akan perasan beberapa watak-watak dia adalah daripada cerita SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN. So, actually sebenarnya cerita ni adalah sequel daripada cerita snow white tu lahh. Dalam cerita snow white tu, Charlize Theron sebagai Queen Ravenna dan Chris Hemsworth sebagai Eric, the huntsman (pemburu).


Sebenarnya movie The Huntsman Winter's War tu adalah cerita sebelum Snow White and The Huntsman. Kalau ada yang perasan dalam movie snow white tu si Eric ni adalah duda yang kematian isterinya. Isteri dia yang meninggal tu nama Sara, iaitu watak dalam The Huntsman Winter's War. So, kalau nak tau kisah kehidupan si Eric dan Sara ini dibesarkan, tengoklah movie The Huntsman Winter's War ni. Dalam Snow White tu mengisahkan tentang snow white dan pertemuan antara snow white dan Eric.


The Huntsman Winter's War ini mengisahkan tentang Queen Ravenna dan Queen Freya yang mempunyai kerajaan sendiri. Ceritanya bermula dengan Queen Freya iaitu adik kepada Queen Ravenna yang bertunang dengan Duke Of Blackwood dan disahkan mengandung. Selepas kelahiran anak perempuan mereka, Queen Freya sangat gembira dan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Pada masa yang sama, Queen Ravenna menyoal cermin saktinya tentang siapakah wanita yang paling jelita di dunia ini. Cermin Sakti itu pun menjawab, buat masa sekarang Queen Ravenna yang paling jelita tapi Queen Freya sedang mengandungkan seorang bayi perempuan dan selepas anak itu dilahirkan dan membesar, maka anak Queen Freya akan menjadi wanita yang paling jelita. Saat itu, Queen Ravenna telah nekad untuk membunuh anak adiknya sendiri namun niat itu tidak diketahui oleh Queen Freya. Queen Ravenna telah menghasut Duke secara perlahan untuk membunuh anak perempuannya sendiri. Setelah anaknya mati dibunuh, Queen Freya muncul dan melihat sendiri anaknya mati di tangan lelaki yang dicintainya. Queen Freya berasa sangat sedih dan marah lalu terus membunuh Duke dengan kuasa aisnya.

Queen Freya membawa diri dan meninggalkan kerajaan. Dia memulakan kehidupan baru dengan membina kerajaannya sendiri dan istana aisnya jauh di kawasan utara. Queen Freya mengerahkan tentera yang menjadi pengikut setianya untuk menentang sesiapa sahaja yang menghalang mereka ketika misi mengumpulkan kanak-kanak dari kawasan perkampungan. Kanak-kanak yang dikumpulkan itu dibesarkan dan dilatih untuk menjadi tentera supaya hati mereka keras. Queen Freya juga telah membuat satu undang-undang iaitu dilarang bercinta atau berkasih sayang. Setelah bertahun-tahun dilatih, Eric dan Sara diklasifikasikan sebagai pahlawan yang hebat dalam kalangan mereka. Walaupun undang-undang itu telah diketahui oleh mereka, mereka tetap saling mencintai antara satu sama lain sehinggalah kisah percintaan mereka diketahui oleh Queen Freya. Queen Freya sangat marah dan sedih kerana rasa dikhianati, dia memerintahkan tenteranya untuk menentang Sara dan Eric. Setelah berjaya dikalahkan oleh Eric dan Sara, Queen Freya membina tembok ais di antara mereka berdua ketika mereka berdua saling mendekati. Daripada padangan tembok itu, Eric melihat Sara dibunuh oleh rakannya sendiri. Eric menangis dan bersedih atas kematian Sara manakala Sara melihat Eric pergi meninggalkan Sara melalui tembok ais itu. Hakikatnya mereka tidak dibunuh atau saling meninggalkan antara satu sama lain. Mereka ditipu oleh ilusi tembok ais itu untuk memisahkan mereka berdua.

Selepas tujuh tahun kemudian, Queen Ravenna telah mati di tangan anak tirinya iaitu Snow White dan Raja William Tabor telah mencari dan menemukan Eric si pemburu. Raja William mengkhabarkan tentang kehilangan cermin sakti yang dibawa ke Taman Perlindungan. Ketika perbualan mereka, Eric menyedari bahawa Queen Freya mendengar perbualan mereka melalui topeng mata yang dihantar untuk menjadi spy kepada Eric dalam bentuk burung hantu. Eric terus membaling pisaunya tepat ke arah burung hantu itu dan burung itu jatuh berkecai seperti ais.Eric nekad untuk mencari cermin itu supaya cermin itu tidak jatuh ke tangan Queen Freya. Eric memulakan pencarian bersama sekutu Snow White iaitu Nion dan Gryff, orang kerdil. Semasa perjalanan mereka bertemu dengan mayat-mayat askar-askar yang mati dibunuh sesama sendiri ketika membawa cermin itu.

Mereka meneruskan perjalanan dan berehat di satu tempat. Ketika minum, mereka diserang hendap oleh kumpulan pemburu lain. Kemudian saat Eric hampair dipancung kepalanya, Sara muncul dan menyelamatkan Eric. Sara amat marah kepada Eric kerana Eric pernah meninggalkannya dulu dan Eric tidak percaya bahawa Sara masih hidup sedangkan dia melihat sendiri bagaimana Sara dibunuh.Mereka bertengkar dan Eric percaya bahawa mereka ditipu oleh tembok ais itu namun Sara tidak percaya.Mereka meneruskan perjalanan dan tiba-tiba mereka ditangkap dalam perangkap orang kerdil yang bernama Bromwyn dan Doreena.Eric meyakinkan Bromwyn untuk melepaskan mereka pergi. Bromwyn memberitahu bahawa goblin selalu memburu barang-barang berharga berhampiran dengan Taman Perlindungan di mana semua yang pergi ke situ tidak pernah kembali hidup-hidup.Mereka membuat perjanjian dan Bromwyn dan Doreena bersetuju dan mengikut mereka untuk mengambil cermin sakti itu.Ketika sampai di sana, mereka diserang hendap oleh goblin namun mereka berjaya mendapatkan cermin sakti itu.Pada malam itu, mereka berehat sebelum menyambung semula perjalanan pada keesokan harinya.

Pada pagi keesokkan harinya, Eric hampir dihasut oleh cermin sakti itu untuk membunuh dan nasib baik Sara sempat menyedarkannya.Tidak lama kemudian Queen Freya muncul bersama tenteranya.Queen Freya membekukan Nion dan Doreena. Queen Freya memerintahkan Sara untuk membunuh Eric dan mereka mengambil cermin itu dan dibawa pulang ke istana ais.Sara terus mengambil busur dan panah kemudian terus memanah tepat ke arah dada Eric.Bromwyn dan Gryff menyangkakan Eric sudah mati.Tidak lama kemudian, Eric tersedar dan bangun semula.Gryff mengatakan bahawa Sara tersasar kali ini.Eric dengan yakinnya menjawab bahawa Sara tidak pernah tersasar.Sara memanah tepat ke arah rantai berloket besi milik Sara yang dipakai oleh Eric.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan dan mula merancang untuk membunuh Queen Freya.Queen Freya mengkatifkan cermin sakti itu dan kemudian cermin itu membentuk satu tubuh lain yang amat dikenalinya iaitu Ravenna. Freya terkejut dan dia menyangka kakaknya sudah mati. Ternyata Ravenna telah meninggalkan jasadnya dan tinggal di dalam cermin itu sehingga dia dibebaskan. Sementara itu, Eric, Bromwyn dan Gryff menyusup masuk ke dalam kerajaan ais itu dan Eric memanah tepat ke arah Queen Freya untuk membunuhnya namun dihalang oleh Ravenna.Sara juga mula menyerang namun cepat ditangkas oleh Freya. Eric dan Sara ditangkap dan mereka dihukum bunuh kerana melanggar undang-undang kerajaan ais. Eric meyakinkan rakan-rakan pemburunya yang lain untuk menyertai mereka menentang Freya dan Ravenna serta membuktikan kasih sayang sebagai saudara bukan satu dosa.Saat hampir dipancung, Tull sebagai orang yang ingin menjatuhkan hukum bunuh terhadap mereka telah memotong besi yang digari di tangan Sara dan Eric.Eric dan Sara terkejut namun mereka bangga dengan sokongan rakan mereka.Mereka kemudian diserang oleh Ravenn dan mereka saling bertahan dan berlawan antarasa satu sama lain.Queen Freya berasa marah dengan tindakan Ravenna yang berkuasa ke atas kerajaannya dan membunuh anak-anak yang dibesarkannya.Lalu Queen Freya membina tembok ais yang tinggi untuk menghalang tindakan Ravenna.

Mereka kemudian saling berhujah dan bertengkar.Ravenna tidak menyangka bahawa Freya masih lagi belum kuat dan masih tersimpan rasa kasih sayang dalam dirinya sedangkan dia sudah melakukan seuatu untuk mengeraskan hati adiknya itu.Queen Freya terkejut dan bertanya apakah yang dia lakukan sebelum ini namun tidak dijawab Ravenna.Freya memegang wajah kakaknya dan melihat sendiri bagaimana Duke disihir dan dihasut untuk membunuh anak perempuannya sendiri.Freya berasa sangat sedih dan marah .Dia tidak menyangka Ravenna sanggup berbuat sedemikian sedangkan dia amat menyayangi kakaknya itu.Kemudian mereka saling berlawanan.Pada masa yang sama, Eric,Sara dan pemburu yang lain sedang memanjat tembok ais itu.Ketika mereka hampir turun, Ravenna membunuh Freya.Tembok ais itu kemudian jatuh dan pecah.Ravenna menyerang Eric,Sara dan pemburu-pemburu yang menentangnya ketika itu.Freya ketika itu tetap berlawan walaupun sedang nazak untuk melindungi anak-anaknya daripada Ravenna. Saat itu juga, Freya menggunakan kuasa aisnya untuk mengeraskan cermin itu dan kemudian Eric melontarkan kapaknya tepat ke arah cermin itu.Cermin itu pun pecah berkecai dan Ravenna jugak turut mengeras seperti emas dan pecah.Ravenna akhirnya mati kerana nyawanya terikat dengan cermin sakti itu.Eric dan Sara saling berpelukan dan gembira semuanya sudah berakhir.Freya menyaksikan penyatuan dua hati yang saling mencintai itu dengan senyuman dan kata terakhir iaitu awak berdua sangat bertuah.Kemudian Queen Freya melelapkan matanya buat selama-lamanya.Kini mereka semua sudah bebas daripada kerajaan ais Queen Freya dan penyihir jahat si Ravenna.Jajahan Snow White semakin meluas dan kuat.Eric,Sara,Bromwyn,Gryff,Doreena dan Nion saling meluahkan perasan sayang dan cinta antara mereka.




So, macam nilah jalan cerita dia. Best kan? penuh dengan adventure. aku suka tengok cerita adventure macam ni.Plot cerita yang menarik dan diselitkan dengan tingkah orang-orang kerdil yang lawak.Mengajar erti kesetiaan, pengkhianatan dan kasih sayang antara manusia.Bagi aku, cerita ni sesuai untuk orang yang berusia 18 tahun ke atas sebab ada part kiss scene. Kalau budak-budak nak tengok pastikan kiss scene tu tak ada yer.HAHA :)

I like:

  • animation and CGI dia. awesome!
  • sound effect
  • sundtrack yang rancak
  • pelakon-pelakon yang menghidupkan watak
  • pakaian yang dipakai oleh Queen Freya memang lawa
  • teknik-teknik lawan dan memanah

Okay thank you for reading!

Thursday, 14 April 2016

FEEDBACK: THE JUNGLE BOOK

 
Good evening semua. Petang ni aku berkesempatan nak bagi feedback pasal movie terbaru kat wayang iaitu tajuk movie dia THE JUNGLE BOOK. Pada yang dah tengok mesti dah tau jalan cerita dia macam mana and how adventure si Mowgli tu hadapi kan?

Asalnya plan nak tengok bertiga memandang kami bertiga je kerja shift pagi time tu tapi tak jadi sebab si Amir ni ada family problem sikit. So, aku dan kak teha pergi berdua dating tengok wayang. Ahaha. Yang paling best tu siap pakai baju kerja lagi. Semua orang usha macam buat dosa besar pulak. Alaa, rileks la pakai baju petronas je pun. Bukan pakai tak cukup kain, ye dak?

So, dengan kadar segera tepat jam 3 petang aku terus tutup shift aku sebagai seorang cashier tu. Elok je tutup kertas panjang pulak keluar tak habis. Rupanya kertas resit dalam tu habis. Ceh! dah la short pulak tu. Pening kepala fikir short then cari short pulak. Tengok-tengok jam dah pukul 3.30 petang dah. Kami pun cepat-cepatlah beli keropok siap-siap dan terus merempit ke giant.

Sampai je kat giant terus naik pergi ke MBO. Beli tiket dan air minuman siap. Air beli satu je. Share sebab besar. takut tak habis. Ahaha. Planning pagi tadi nak tengok Jungle Book sebab kak teha kata best. Actually kak teha dah tengok lagi awal tapi dia nak temankan aku tengok sekali lagi cerita tu. Aku pun jom ajelah. Ahaha. Kali ni kak teha belanja tengok wayang pulak. Hihi. thank you kak tehaaaaaaa!!!


Jungle Book ni mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Mowgli lakonan Neel Sethi yang ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah gua semasa kecil kerana ayahnya telah mati dibaham harimau yang bernama Shere Khan. Kemudian muncul seekor harimau kumbang yang bernama Bagheera mendekati Mowgli ketika itu. si Bagheera nilah yang bawak Mowgli kepada keluarga serigala. Sejak itu dia dibesarkan oleh keluarga serigala yang oleh Akela dan ibu serigalanya bernama Raksha. Mowgli diajar dan dilatih cara hidup serigala namun dia selalu ketinggalan dan jauh ke belakang berbanding dengan adik beradik serigalanya yang lain.

Pada suatu hari, berlaku musim kemarau yang paling teruk dan semua binatang di dalam hutan berkumpul di Peace Rock untuk minum air kekal di situ. Semua diingatkan untuk minum air kekal dengan mengikut Undang-undang Rimba yang telah ditetapkan iaitu tidak akan berlaku sesi buru-memburu atau saling telan-menelan antara satu sama lain. Perhimpunan aman itu terganggun dengan kehadiran Shere Khan yang digeruni oleh semua binatang di hutan rimba. Shere Khan mengesan bau Mowgli dan menyatakan bahawa kehadiran manusia bernama Mowgli tidak pernah dialu-alukan di hutan rimba itu. Shere Khan juga turut mengugut dan memberi amaran kepada semua sebagai saksi bahawa selepas perjanjian perdamaian sementara disebabkan musim kemarau ini berakhir, dia akan datang mencari Mowgli semula. Dengan bongkaknya Shere Khan berkata kepada Akela, mereka perlu menentukan bilangan serigala yang sanggup berkorban untuk melindungi Mowgli. Oleh itu, perdebatan dan hujah berlaku antara sekumpulan puak serigala untuk menentukan situasi Mowgli sama ada dilindungi atau dibiarkan pergi dari hutan rimba itu. Namun belum sempat keputusan dibuat, Mowgli secara sukarelah untuk keluar dari hutan rimba itu kerana dia tidak mahu keluarga serigalanya cedera dan mati hanya kerana ingin melindunginya.

Bagheera bersetuju namun si ibu, Raksha tidak bersetuju dengan cadangan Mowgli kerana baginya Mowgli adalah selama-lamanya menjadi anaknya walaupun dia manusia kerana dia sendiri yang membesarkan Mowgli. Tidak lama kemudian, Raksha bersetuju juga demi keselamatan Mowgli. Bagheera membuat keputusan untuk menghantar Mowgli ke tempat asalnya iaitu perkampungan manusia. Bagheera yakin sekiranya Mowgli kembali ke puak asalnya, dia akan selamat daripada buruan Shere Khan. Selepas musim kemarau berakhir, perjalanan terus dimulakan. Semasa permulaan perjalanan, dia menemui sekumpulan gajah. Mereka terus tunduk hormat kepada gajah-gajah tersebut. Kemudian, sampai sahaja di kawasan yang lapang, Shere Khan muncul dan terus memburu Mowgli namun terselamat kerana Mowgli melarikan diri bersama sekumpulan kerbau.

Sepanjang perjalanannya, dia berjumpa dengan seekor ular gergasi yang bernama Kaa. Kaa mempunyai niat jahat. Dia menghasut Mowgli untuk stay bersamanya dan dalam tidak sedar, dia telah membelit Mowgli untuk makan. Namun Mowgli telah diselamatkan oleh seekor beruang yang bernama Baloo. Baloo seorang yang pemalas. Dia menggunakan pelbagai helah untuk menyuruh si Mowgli mengambil makanan untuknya. Setelah berhari-hari tinggal bersama Baloo, Bagheera muncul. Mowgli berasa gembira dengan pertemuan itu. Dalam masa yang sama, Shere Khan telah nekad untuk membunuh Mowgli dan kemudian dia terus menolak Akela sehingga jatuh dan akhirnya Akela mati. Kematian Akela telah tersebar ke seluruh hutan rimba dan hal ini menakutkan binatang-binatang lain untuk menentangnya.

Bagheera kemudian mahu meneruskan niat asalnya namun Mowgli tidak mahu kerana dia ingin tinggal bersama Baloo. Bagheera meminta agar Baloo membantunya untuk menasihati si Mowgli kerana Mowgli hanya akan mendengar kata Baloo sahaja ketika itu. Selepas Baloo menghalaunya walaupun dia tidak berniat untuk menghalau Mowgli, Mowgli membawa diri dan merajuk di atas sebatang pokok besar. Dan ketika itu, dia dibawa lari oleh sekumpulan monyet ke sebuah kuil besar yang telah lama ditinggalkan. Baloo dan Bagheera terus mengejar sekumpulan kera/monyet itu untuk menyelamatkan Mowgli. Di kuil besar itu, Mowgli bertemu dengan Raja Louie yang inginkan Mowgli kerana dia mahukan resepi untuk membuat bunga merah (api) yang ditakuti oleh semua binatang di hutan rimba. Mowgli tidak mahu kerana dia tidak tahu cara untuk membuat bunga merah tersebut walaupun dia datang daripada kalangan manusia. Ketika sesi menyelamatkan diri sedang berlaku, Raja Louie memberitahu bahawa Akela telah dibunuh oleh Shere Khan. Mowgli berasa sangat sedih dan marah yang teramat kerana Akela yang dianggap sebagai seorang ayahnya telah dibunuh oleh musuhnya, Shere Khan. Mowgli terus lari dan mendekati perkampungan manusia yang dipenuhi dengan bunga merah tersebut. Mowgli mencuri bunga merah itu dan terus lari untuk mendapatkan Shere Khan. Dalam masa yang sama dia tidak sedar bahawa api daripada obor-obor itu telah jatuh dan mula membakar hutan.

Semua binatang berkumpul dan Mowgli mengatakan bahawa dia tidak takut kepada Shere Khan. Shere Khan berkata bahawa manusia yang telah dibela oleh kamu kini menjadi dewasa dan dia tidak akan pernah tertipu dengan cara manusia yang menggunakan bunga merah untuk membunuh binatang. Mowgli melihat Gray, adik beradik serigala yang paling rapat dengannya ketakutan. Mowgli terus melemparkan bunga merah tersebut ke dalam sungai. Mowgli dengan beraninya ingin menentang Shere Khan. Shere Khan gembira kerana Mowgli tidak lagi mempunyai apa-apa untuk melindungi dirinya. Ketika Shere Khan menyerang Mowgli, Raksha melompat untuk menyelamatkan Mowgli. Bermulalah perang pergaduhan antara puak serigala dan harimau yang bernama Shere Khan. Mowgli ingin berlawan juga namun ditahan oleh Bagheera. Bagheera berpesan, kalau nak berlawan, guna cara manusia. Kemudian Mowgli terus lari ke dalam hutan yang sedang kebakaran dan Shere Khan terus menerus memburu Mowgli sehingga dapat. Selepas bergelut dan bergelut, akhirnya si Shere Khan mati terjatuh ke dalam api yang sedang marak membakar. Si Mowgli terselamat dengan helah dan tali yang dibuatnya. Kini mereka hidup bahagia tanpa gangguan Shere Khan lagi. Happy ending!


Hehehe. best kan jalan cerita dia? Bagi aku jalan cerita dia memang best dan teratur. Sekali tengok kita boleh faham jalan cerita dia. Aku suka dia punya sound effect dan effect suspen dia. Memang ada jugaklah part yang aku terkejut tu. Ahahaha . Aku pantang terkejut sikit satgi mulalah. Aku suka jugak dia punya CGI dia antara manusia dan binatang-binatang tu. Kita akan nampak seolah-olah dia pegang binatang tu betul dan real. Bagi kanak-kanak seusia Mowgli tu memang adventurelah sebab cuba kita bayangkan kalau kita sendiri sedang diburu oleh seekor harimau. Agak hang nak lari pi mana la? hahaha. Dah la cari sampai dapat pulak tu. Herr! Serammm.. Menggeletaq kaki-kaki. Ahhaaha. Star rating yang aku bagi untuk movie ni adalah 9 bintang daripada 10 bintang. hehe. bagi yang belum tengok, aku sarankan hangpa semua pi tengok lekaih. For me, cerita dia lagi best daripada Batman V Superman tu. haha.

ni trailer dia.


Sunday, 10 April 2016

Review Movie Anime: SHISHA NO TEIKOKU

  
Harini aku nak review satu movie anime yang aku rasa macam best. Rasanya la sebab aku tak tengok lagi movie dia tapi dah lama aim nak tengok. Hehe. So, kalau rasa review yang aku buat ni menarik minat hampa semua nak tengok, jemputlah tengok movie anime ni. 

Now nak describe dia punya movie dulu. hehe. Tajuk movie ni adalah SHISHA NO TEIKOKU dalam bahasa jepun manakala dalam bahasa inggeris tajuknya adalah THE EMPIRE OF CORPSES. Kenapa aku cakap movie ni macam best? sebab genre dia adalah psychological,adventure dan science fiction. tu genre yang aku minat tu. hehe. Movie ni di'released' di jepun pada 2 Oktober 2015. Kemudian movie ini dilesenkan di Amerika Utara oleh FUNIMATION yang memberikan kebenaran untuk movie itu ditayangkan di pawagam tertentu pada 19 dan 20 april 2016. Pengarahnya bernama Ryoutarou Makihara. Movie ini ditonton selama 120 minit bersamaan dengan 2 jam. Sekejap je, tak lama pun.



                                                    

Movie ini juga adalah sebahagian daripada siri movie berdasarkan novel yang ditulis oleh Projek Itoh. Okay sekarang kita continue part sinopsis, plot atau jalan cerita dia yang serba ringkas.

Movie ini mengisahkan pada abad ke 19, mayat-mayat yang dikembalikan semangatnya berazam dengan jiwa palsu mereka telah digunakan untuk melakukan kerja-kerja kasar seperti buruh untuk tujuan pembangunan industri. Kehidupan itu dinamakan Frankensteins. Pihak kerajaan pula telah mengintip John Watson dan menjadikannya sebagai ejen rahsia. John Watson dijemput untuk menyertai kongsi gelap dan pelajar perubatan muda ini diberikan misi untuk mencari semula hasil tulisan-tulisan yang hilang milik Dr. Victor Frankensteins. Dari situ, pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh John Watson bagi menjayakan misinya. Satu-persatu rahsia yang tidak diketahui dapat dterokai.

So, apa yang jadi sebenarnya dekat John Watson ni? Kalau nak tau kena tengok la movie Shisha No Teikoku ni. Anime ni satu je, jangan harap ending dia macam yang kita nak. kadang-kadang ending tertanya-tanya tapi yang buat anime ni jadi menarik adalah plot cerita dia. thats why aku suka tengok anime yang genre dia adventure nihh. Dulu aku suka gila layan anime Shingeki no kyojin (Attack On Titan). First time terpikat dengan movie dia dulu then baru layan series anime dia. Best bapak ahh! tapi ending dia macam aku cakap tadilah, tak seperti yang diharapkan. Samalah macam kehidupan kita ni, ending yang tidak pasti dan tidak akan diketahui. So, selamat menonton anime guys!


note: Nanti kalau aku dah tengok and kalau jalan cerita dia berlainan dengan sinopsis yang aku review ni, aku akan review semula.

Friday, 8 April 2016

SHORT PLANNING 2016

 
How are you today? Hope semua orang sihat di samping orang-orang tersayang and most importantly kena jaga kesihatan diri dengan keadaan cuaca yang tak menentu, okay? you get it? good!

Alhamdulillah , I got my result of repeat paper for subject pengajian am in semester 3 yesterday and finally for the first time I get A in this subject . HAHA! even its repeat I dont care because its my effort to get that . you think is easier? Try it so you will know how hard to struggle and get A in subject that you didnt like so much . HAHA! Congratulations for those who get good results in STPM and repeat paper. For unlucky, dont worry and depress it so much. Maybe takde rezeki orang cakap. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk anda. Dan ingat satu je, give up takkan pernah genggam kejayaan tapi orang yang berusaha akan ada harapan untuk memperolehi kejayaan!

Sebenarnya tak ada benda pun nak update tapi disebabkan lama tak update, terbit rasa rindu nak menaip even takde event or tips atau ape-apelahh. Just rasa nak kongsi short term perancangan untuk tahun 2016 nih sebagai seorang gadis 20 tahun. HAHA!

Alhamdulillah, bagi gadis 20 tahun ni for the first time kerja dah dapat macam-macam pengalaman. Beruntung dan bersyukur kerana dapat mengetahui banyak benda dan belajar daripada pengalaman. Bak kata orang belajar dari pengalaman adalah sesuatu yang tidak dapat dimiliki oleh sesiapa pun. Sendiri alami sendiri tahu. Masuk bulan nih, aku dah kerja selama 3 bulan 8 hari di Petronas Makmur Jaya. Berbekalkan gaji yang aku dapat tu, aku dah buat planning untuk diri sendiri dan family.


Planning for myself:

  • Dapatkan lesen motor(on the way tengah buat)
  • Dapatkan lesen kereta(coming soon)
  • Get a new spectacles(coming soon)
  • Buy new laptop (InshaALLAH)
  • Belanja untuk barang-barang peribadi , hehe
  • dan yang penting SIMPANAN untuk diri sendiri. Kalau ada rezeki sambung degree, at least aku ada duit nak guna support diri sendiri. Jadi tak perlulah aku menyusahkan mama abah aku mintak duit lagi. betul dak?
  • Sambung pengajian peringkat degree (IJAZAH SARJANA MUDA)

Planning for family:

  • Sebahagian gaji aku telah disimpan untuk diberikan kepada family aku. Setiap bulan ada jugak simpanan sedikit untuk abah, mama, dan adik-adik. Bila dah kumpul nanti aku bagilah kat diaorang sedikit. Share dengan family . Apa salahnya kan? Walaupun gaji tak banyak boleh la bagi sikit-sikit.


So maybe pendek nih je cerita aku. Nanti aku continue dengan cerita lain pulak. Tak sabar nak tunggu result penuh STPM 2015 bagi student repeat macam aku nih . haha .