Monday, 16 May 2016

Salon Du Chocholat

 
Hey you guys! I have not been post any entry for a long time right? Today I just get a new opportunity to share a story about a place that is very interesting especially for those who are fans of chocholate.

Pada tarikh 7 mei 2016, aku bersama 4 orang yang dikenali iaitu Muharam, Kak Teha, Bob dan anak saudara Muharam terus berangkat menuju ke Gurney Paragon, Penang selepas Muharam dan Bob balik dari mandi manda di Laketown Resort. Wuuu, bestnya depa! haha. Aku pun lepas habis kerja pukul 3 petang terus ke cc untuk print slip dan phostotat sijil-sijil yang berkaitan untuk interview USM pada 9 dan 11 mei 2016. Nanti pasal iv aku cerita lain k. haha. Lepas dah settle semua tu aku pun balik mandi and siap-siaplah sebab Bob call cakap yang depa dah on the way nak sampai kulim dah. Aku pun kalutlah macam ribut bersiap takut nanti depa sampai aku tak siap lagi. hahaha. Then bila dah siap, tunggu pulak setengah jam. hangit betoi! haha. Siap azan asar bagai aku pun sembahyanglah asar dulu.

Then tak lama kemudian depa sampai. Lepas hantar adik dan anak saudara Muharam, kami bertolak ke rumah Kak Teha dan ambil dia kat sana. Masa dalam perjalanan Kak Teha dan Bob tukar posisi pulak sebab Kak Teha pening kepala kalau duk seat belakang. haha. Masa on the way nak pi Penang tu sempat jugaklah semua berceloteh nak naik feri ke jambatan. Last semua setuju naik jambatan. Penang biasalah jem sedia. haha. Dalam kereta bingit dengan gelak tawa dan lawak-lawak menjadi dari Kak Teha, Muharam dengan Bob. Pecah perut gelak dengan depa nih. hahaha.





Sempat lagi selfie dalam kereta , hihi.

Lebih kurang dua jam perjalanan (rasanya kut, haha), kami sampai di Gurney Paragon sekitar jam 7.19 malam macam tu. Kereta terus diparkingkan then kami semua naik ronda-ronda dalam Gurney Paragon. Masing-masing lapar macam mati sebab tak makan lagi. haha . So, masa ronda kat area kedai makanan tu, kami singgah kat Bread History. Terliur tengok macam-macam jenis roti,pastri and cake kat situ. Then, aku dengan Kak Teh terus ambil talam and pick up roti masing-masing dan bayar di kaunter. Time tu memang ramai gila orang kat Gurney Paragon. Aku rasa macam duk kat KL pulak sebab omputih ramai lepak kat situ. hahaha.






selfie again bila sampai kat tempat parking. haha





masa kat Bread History. haaa, pilih roti mana nak. hehe

Lepas beli roti, Muharam terus jadi tour guide bawak kami pi Salon Du Chocholat yang menjadi tujuan utama kami ke Penang. Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya sampai jugak kat Salon Du Chocholat. Terpana dan teruja aku tengok coklat dia mengalir macam air terjun yang dibuat hiasan dan tarikan utama di hadapan kedainya. Kedainya yang kecil dan terhad itu membuatkan kami confuse seketika nak duduk kat mana. Haha. Time tu pulak ramai orang kat kedai dia. Then ada pekerja dia bawak kami masuk duduk kat dalam kedai sebab masih ada lagi seat kosong. Lepas je duduk di tempat paling hujung dan paling strategik, kami mula berselfie dan bergambar. HAHA. Pekerja yang berbaju oren tu pun bawak la buku menu dia. Satu persatu helaian dibuka. Macam-macam menu ada terpapar membuatkan aku jadi blur nak pilih yang mana satu. Macam nak rasa semua aje. Lepas bincang semua, kami decide nak share duit untuk bayar semua yang kami makan nanti dan kami pilih menu yang berlainan untuk bagi semua rasa. Muharam cerita macam-macam sebab dia dah pernah datang kat Salon Du Chocholat ni dengan kawan-kawan dia. So dia taulah mana yang sedap. Sementara tunggu hidangan yang kami order sampai, kami selfie lagi. HAHAHA





ni driver and tour guidenya. haha. muharam.


 










ni buku menu Salon Du Chocholat.

ni nama hidangan coklat yang kami pilih dan berserta harga dia.

waffle on the stick RM 12.90
chocholate waffle half moon RM 17.90 (hat ni kami ambik 2)
donuts waffle RM 14.50
salon crispies RM 13.50
mineral water



salon crispies


donuts waffle



salon crispies , waffle on the stick and donuts waffle


salon crispies , waffle on the stick, chocholate waffle half moon and donuts waffle.

yeayyy! dah sampai dah. Emmm, sedapnya coklat dia. Bukan coklat murahan okay. Coklat mahal ni sebab tu rasa coklat dia berlainan ikut warna dia. Yang coklat gelap dia rasa macam nak pahit sikit, coklat yang kurang gelap tu sedap rasa dia. Rasa sekali nak lagi. Then coklat putih dia bolehlah, rasa macam susu dan coklat putih ni coklat yang paling cepat muak bila makan. Dengan corak bunga-bunga yang dia lukis pun cantik dan kemas membuatkan hidangan dia lebih menarik and seriously aku teruja nak makan tapi rasa sayang pulak. haha. So, semua busy makan dan menikmati coklat yang sedang cair dalam mulut masing-masing. Perghhh ni baru nikmat duniaaaa.. hahaha. Untuk minuman kami sekadar ambil air kosong dan ais ketul sahaja sebab bila makan coklat tu banyak-banyak jadi muak. Bila muak nanti mesti makan tak habis.

Lepas settle makan semuanya, Muharam terus ke kaunter untuk buat pembayaran. Kami pulak sibuk bergambar kat luar kedai. Siap ada orang buat persembahan nyanyian lagi. Dengan time tu hujan renyai-renyai.












Then kami jalan balik ke parking kereta tapi sebelum tu sempat jugak selfie kat depan perkataan GURNEY PARAGON tu. hahaha. Lepas bayar parking semua, kami rancang nak balik naik feri. Then, orang yang jaga situ cakap feri kena tunggu lagi sejam. Ohh memang daklaa nak tunggu lama-lama. Kami terus balik naik jambatan dan berhenti di Bagan untuk makan lagi. HAHA. lapar kut. teringin nak makan makanan yang berat-berat. So semua pakat order bihun sup, koey teow sup, nasi goreng and satay. Lepas makan sampai kenyang, kami bergerak balik. Aku orang first yang dihantar balik sampai ke rumah. Alhamdulillah , kenangan pada haritu takkan aku lupa. Memang best dapat keluar dengan depa. Siap sewa kereta bagai and aku just support duit tol RM 10 je. Pasal harga coklat yang kami makan tu kami bahagi seorang RM 26.00. RM 26 kali dengan 4 orang , So total semuanya RM 104 termasuk tax and service charge. Pengalaman sekali seumur hidup ni , haha. kalau makan hari-hari boleh bankrap aku. haha

So bagi penggemar coklat, aku sarankan hampa semua try pi makan kat sana. Seriously sedap dan tak menghampakan coklat dia. Rasa sekali nak try lagi! haha. Ajaklah family ke kawan-kawan ke pergi try makan kat sana. Share-sharelah sorang sikit untuk rasa sebab satu hidang tu memang berbelas ringgit. Mahal tapi sedap! So, sebelum pi tu prepare duit siap-siap k. Thank you for reading!