Saturday, 27 August 2016

Segmen Bloglist Merdeka By Lokmanamirul

 
Harini aku nak join satu segmen dari sahabat blogger aku iaitu www.lokmanamirul.com . Dia baru sahaja menganjurkan satu segmen bloglist merdeka sempena bulan kemerdekaan 2016. Syaratnya ringkas dan mudah. Bagi yang berminat nak jadi bloglist terpilih bolehlah join. Just tekan banner kat ni je :)

 Klik sini

Syarat2 penyertaan:

1. Tulis entri yang bertajuk Segmen Bloglist Merdeka By Lokmanamirul 
2. Letakkan blog lokmanamirul di senarai bloglist anda 
3. Follow blog (Dalam ruangan followers)
4. Follow Google + (ikut kemahuan sendiri)

Hadiah pemenang :
10 Blogger akan dilistkan dalam blog Lokmanamirul

Mula : 27 Ogos 2016
Tamat : 5 September 2016

good luck dan selamat maju jaya!

Wednesday, 24 August 2016

DaFont dan PDF Online

Hai, harini aku nak kongsi dua link yang aku pernah guna dan setakat aku guna ni takdak masalah. Link first aku nak kongsi adalah link pasal font. Bagi sesiapa yang berminat nak cari font yang cantik-cantik dan pelbagai tapi tak ada dalam senarai fonts laptop atau komputer anda, anda boleh download font dekat SINI. Anda boleh pilih fonts mana yang anda suka dan downloadnya secara PERCUMA. Just tak perlu tekan Donate Author je. Rasanya hat tu nak derma untuk orang yang create font tu kut. Rasa nak donate tekan arr tapi aku jamin apa akan jadi selepas tu. hahaha




 dalam kotak yang ditunjukkan anak panah tu adalah kategori fonts. so bolehlah usha-usha dulu kat situ.


Kalau nak download pulak boleh tekan download kat situ. Then lepas download extract file font tu dulu then copy and paste kat dalam file Fonts (tekan control panel nak cari file Fonts) dalam laptop atau komputer anda. Nanti bila buka words atau photoscape bolehlah tengok tulisan tu. Nak edit untuk tajuk apa-apa bagi nampak cantik ke, buat header blog ke. Tapi kalau anda copy words yang ada tulisan ni then bukak dekat laptop lain yang takdak tulisan tu maka tulisan tu tak boleh dibacalah. harap maklum ye. Jangan pelik pulak kenapa tulisan tu hilang atau jadi perkataan pelik-pelik. hahaha

Now, kita beralih ke link kedua iaitu link untuk convert JPG kepada PDF secara ONLINE sahaja. Nahh nak try boleh tekan link SINI



BIRU : Jenis formats gambar yang boleh disupport
MERAH : Tekan upload tu untuk muat naik gambar yang nak ditukar kepada PDF

Nanti bila dah berjaya convert, anda download balik file dia. Maka gambar anda tadi dah didownloadkan dan disimpan sebagai format PDF. Jadi dah siap! Bolehlah nak upload untuk hantar kat mana-mana dalam format PDF kan. 

So, itu sahaja perkongsian mengenai dua link ini, hopefully dapat membantu anda. Thank you reading! Selamat Maju Jaya :D

Tuesday, 23 August 2016

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016

 
Baru hari ni tengah free nak join segmen bagai. So, for the first segment for this year, aku join Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016.

Nak jugak jadi bloglist dalam Sotskirt.blogspot ni. Boleh tambah kenalan. ye dak? 

Bagi yang nak join jugak boleh tekan banner kat bawah ni ye. Selamat Maju Jaya!

 

Pengaktifan i-Akaun KWSP

 
Baiklah, hari ni nak cerita pasal pengaktifan i-Akaun KWSP. Bila kita dah aktifkan i-Akaun Kwsp ni maknanya kita dah boleh check KWSP atau epf kita secara online je. Tak payah dah susah-susah nak pergi office dia nak cetak penyata dia. Kan senang check online je. Segalanya mudah di hujung jari.

Ikut step ni InshaaAllah i-Akaun KWSP dah boleh diaktifkan. Yang pertama anda mestilah sudah berkerja dan mempunyai akaun KWSP. So, bila boss anda dah daftarkan KWSP, maka akan bermulalah proses pemotongan gaji ke akaun KWSP dan majikan pula akan membayar bahagiannya ke KWSP pekerja-pekerjanya. So, bila dah masuk ni boleh la check betul ke tiap-tiap bulan masuk. Dalam akaun ada berapa pun dah boleh tengok.

Kemudian, anda boleh singgah di mana-mana pejabat KWSP dan ambil nombor. Kalau tak ramai atau tak ada orang boleh direct tanya terus. Anda cakaplah yang anda ingin mendaftar perkhidmatan i-Akaun KWSP. Kemudian, pekerja tersebut akan mendaftarkan perkhidmatan tersebut untuk anda. Dia akan bagi slip kertas yang tertulis ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan anda dan Kata laluan. Secara umumnya, kata laluan tu akan diberikan oleh mereka. Jadi bagi mengukuhkan sekuriti akaun anda, anda sendiri perlu menukarkan kata laluan tersebut secara online.

So, dah boleh balik rumah then online je. pakai phone pun boleh, laptop pun boleh asalkan ada internet. Terus buka laman web rasmi KWSP iaitu http://www.kwsp.gov.my . Dah buka kan? so boleh follow step based on photo nih. senang sikit nak explain. hehe


haaa ni dia laman web KWSP. so, bila dah buka link yang diberi tu, terus tekan AHLI dekat LOGIN KE i-Akaun.


lepas tu dia akan naik macam ni. Sekarang ni anda nak aktifkan i-Akaun KWSP anda, jadi anda perlu tekan Pengaktifan i-Akaun (Login Kali Pertama).


Then, dia akan naik macam ni. Jadi tekanlah SETUJU dan tekan Seterusnya.


Jadi anda perlu isi no ID Ahli atau maksudnya no kad pengenalan anda. No. KWSP tu tak payah masukkan kalau tak tahu sebab dia kata Atau kat situ. Its mean salah satu la. Kemudian masukkan 6 Digit Kod Pengaktifan. Kod Pengaktifan tu maksud dia nombor kunci masuk di kios KWSP atau nombor yang anda terima melalui sms selepas pendaftaran melalui Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP atau di kaunter KWSP.

So, bila dah isi semua tu then tekan Seterusnya. Maka inilah hasilnya. Akaun anda telah diaktifkan. Yeayyy dah berjaya aktif. So, anda dah boleh login.

So, boleh buka page ni balik dan masukkan ID Pengguna iaitu no. kad pengenalan anda dan kata laluan yang diberikan semasa daftar perkhidmatan i-Akaun KWSP tadi.

so, bila dah login macam ni la rupanya. nak update alamat dan nombor telefon pun boleh. Nak tengok penyata KWSP pun boleh. Just click je!

So, sekarang kita beralih ke cara nak tukar kata laluan. Senang je. Follow step ni ye. hehe

Tekan profil kemudian tekan Tukar Kata Laluan.

So, bila dah keluar macam ni anda just masukkan Kata Laluan Semasa iaitu kata laluan yang diberi dan masukkan Kata Laluan Baru anda. Pastu jangan lupa tekan HANTAR okay.. Isi semua tu bagi lengkap dulu. Lepas berjaya HANTAR maka proses tukar Kata Laluan anda pun telah BERJAYA. Pastikan letak kata laluan ikut kehendak dia. Ada huruf dan nombor okay.

Bila semuanya dah siap, anda bolehlah tengok penyata akaun anda. Untuk keluar, anda boleh tekan Log Keluar di bahagian atas tu. Pastikan anda clear cache kat browser anda sebab benda-benda macam ni sekuriti sikit. Takut ada yang try nak login. Silap-silap boleh kena hack. Jadi better kita ambik langkah pencegahan la kan untuk selamat.

So, selamat maju jaya dan terima kasih sudi baca. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh buka laman web dia terus. Still ada explanation dia atau nak tanya masa kat kaunter pun boleh.

Monday, 22 August 2016

Pandai atau rajin?

pandai? atau rajin?

Sebenarnya kepandaian atau lebih spesifik lagi kecerdikan merupakan satu kelebihan dan anugerah yang Allah beri kepada seseorang itu. Pernah dengar kisah pasal kawan-kawan kita yang tak berapa study tapi selalu dapat result gempak? confirm pernahkan? itu namanya kelebihan yang Allah bagi kat dia iaitu kecerdikan.

Kecerdikan yang dimiliki tak bermakna dia tak perlu belajar atau study dia boleh berjaya. No! its mean usaha yang dia buat untuk berjaya dalam sesuatu lebih kurang berbanding dengan orang lain yang kurang cerdik atau lebih difahami slow pick up (lambat nak faham atau catch up sesuatu) . Golongan cerdik pandai ini lebih mudah memahami, cepat tangkap dan faham sesuatu perkara dalam masa yang singkat. Thats why dia tak perlu melipatgandakan usaha dia untuk belajar sesuatu sehingga berjaya sepertimana orang lain yang perlu gigih berusaha belajar untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Mungkin tu kekurangan yang dimiliki oleh orang lain. Tapi perbezaannya hanya SATU iaitu KERAJINAN, sekiranya golongan cerdik pandai ini lebih rajin dalam usahanya, mungkin hasil yang diperolehinya akan lebih baik.


Bagi golongan manusia yang rajin berusaha, dengan sendirinya akan timbul satu perasaan atau sikap tak berputus asa. Sikap ini membuatkan seseorang itu mahu terus berusaha walaupun beberapa kali gagal kerana dia yakin yang usahanya itu pasti akan membuahkan hasil tak kira dengan cara apa sekalipun. So, untuk terus berusaha dia kena rajin, betul tak? Sekiranya dia sedar tentang kekurangan diri dia, maybe hal ni akan membuatkan dia lagi rajin nak berusaha.


So, dekat sini kita dah nampak beza antara orang RAJIN dan orang CERDIK. Tidak bermakna orang yang cerdik ni tak berusaha langsung. Dia jugak berusaha seperti orang lain cumanya level usaha yang dia buat akan berbeza sedikit la dengan orang lain. Kalau yang jenis slow pick up ni kena usaha lebih la untuk faham dan belajar sesuatu perkara tu. Bak kata orang, dia ambil banyak masa untuk study benda tu berbanding orang cerdik pandai ni, sekali ajar dah faham. Tapi tak semua yang cerdik pandai ni akan ingat benda dia belajar dalam tempoh yang lama. Sesetengah sekali belajar dah faham then ingat sampai mati. Sesetengah pulak sekali belajar dan akan ingat dalam tempoh tertentu je then dia terus lupa. Orang yang rajin pulak, ingatan dia lebih kukuh sedikit kerana dia rajin belajar dan selalu buat sesuatu perkara tu berulang kali. Hal ini secara automatiknya membuatkan otak dia lebih kerap ingat dengan benda yang familiar atau selalu yang dibaca dan study. Ingatan dia terhadap sesuatu perkara itu mampu diingati dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan golongan cerdik pandai ni. Bezanya dia lambat nak faham je. Walaubagaimanapun, tetap jugak ada segelintir golongan cerdik pandai ni yang mempunyai ingatan yang kuat.


Dari situ kita dah boleh lihat betapa banyak karakter yang dicipta oleh Allah yang menunjukkan kelebihan dan kekurangan seseorang yang bernama MANUSIA. Jadi secara saintifiknya kita tak bolehlah sesenang hati nak menghukum orang lain sebab manusia ni dicipta ada kurang dan lebihnya. Dia tak pandai tapi dia rajin. Dia malas tapi dia pandai. nampak dak? so dont judge book by its cover. Rajin tu sikap manusia yang boleh dipupuk. Cerdik tu boleh ditingkatkan level dia dengan rajin berusaha. so adil la kat situ kan. Bagi aku, benda yang berlaku mesti ada sebab dan hikmah dia, walau sepandai mana pun dia, serajin mana pun dia kalau dah qada dan qadar Allah tertulis yang dia tidak berjaya tetap akan tidak berjaya. Sebabnya perancangan Allah dah tersusun lebih baik dari tu. Mana tahu berjaya dalam bidang lain ke, kan? betul tak?


Yang penting teruskan berusaha dan sentiasa RAJIN kerana Allah menilai setiap usaha kita. Kalau setakat usaha tapi still ada kekurangan dalam ibadah kita atau hubungan sesama manusia, mungkin tu punca dan sebab Allah tak bagi jugak. Better muhasabah diri kalau rasa nak putus asa atau gagal. Manusia yang berjaya adalah manusia yang pernah alami kegagalan dan kejatuhan . Life kita ni macam roda, ada senang ada susah, ada berjaya ada gagal. betul ?


so think before you do dan jadilah manusia yang RAJIN dan PANDAI.  I wish you all the best, take care 

Tuesday, 9 August 2016

Tawaran sambung belajar

 
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki untuk sambung belajar kali ini. Syukur jugak kerana dapat tawaran sambung belajar di universiti yang diimpikan dengan course yang diminati. Hopefully, semua urusan dipermudahkan, In Shaa Allah .

Tepat jam 12.30 tengah hari pada 8 ogos 2016, aku mula membuka laman web upu untuk menyemak keputusan upu . Namun, kecewa dengan line dan kelembapan internet untuk loading laman web tersebut. Lalu aku pun mengambil keputusan untuk menyemak melalui sms namun hampa juga yang aku dapat kerana kelewatan respond keputusan tersebut. Setelah lebih 35 minit menunggu, akhirnya mesej yang ditunggu telah pun berbalas. Nama pun sistem pesanan ringkas, memang ringkas betul la dia bagitau. hahaha . 

Universiti Teknologi Mara [UiTM]

Tahniah, anda berjaya ditawarkan program EH02 di UiTM. Layari laman web UA berkaitan untuk info lanjut.

haaaa, macam ni la dia hantaq. cerita dia kena bukak internet jugaklah nak check tu program apa. haha . tunggu internet loading, aku pun bukak la file document, rupanya ada gambar yang aku isi upu dulu yang aku screenshot simpan dalam My Pictures. Hahaha . Kat situlahh yang aku boleh tau aku dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap. Rupanya tu pilihan ketiga . haha . nampak sangat akuu tak layak untuk pilihan pertama dan kedua. hahaha. tapi Alhamdulillah still terpilih walaupun pilihan ketiga. Cuma masih confuse Uitm kat mana tu yang dapat? hmm,


Ni laaa susunan yang aku isi masa upu tuu . haha


Alhamdulillah, inilah tawaran daripada Uitm yang aku dapat. Tak dinafikan dunia seni dan seni bina memang pilihan hati walaupun dulunya masa SPM berasal daripada engineering yang di "adik beradik" kan dengan seni visual. hahaha


Universiti Sains Malaysia [USM]

Lepas check upu, kat link bawah dia ada bagitau nak check USM boleh tekan link tu. Then dengan semangat dan tawakalnya, aku pun tekanlah. Lepas masukkan no rujukan dan password, Alhamdulilah sekali lagi aku terkejut dan tak sangka yang aku dapat USM. tambah-tambah course yang diidamkan. Memang syukur sangat-sangat. Tak sia-sia aku berusaha dan pi interview untuk course tu, akhirnya dapat jugak.



Inilah tawaran daripada USM, course yang diminati dan diidamkan sejak tingkatan 4 lagi. Kemudian, minat terhadap interior design ini terpaksa ditolak tepi selepas kegagalan dalam upu masa lepas SPM. Hati bermonolog sendirian, mungkin course ini tidak sesuai dengan aku. mungkin course lain yang aku kena pilih sebagai laluan kerjaya aku. Selepas memasuki tingkatan 6, minat itu kembali menyubur setelah berjaya menukar course dan kelas semasa di form 6. Daripada kelas sains kepada kelas kemanusiaan (seni visual). Dari situ aku sedar bahawa jodoh aku bukanlah dengan sains walaupun pernah berniat nak jadi doktor. hahaha. Actually niat nak jadi doktor tu muncul masa aku jaga arwah tok dulu selama sebulan lebih sehingga akhir nafas arwah. Aku ingat lagi abah pernah kata, hang belajar jadi doktor. Dari situ mula timbul niat nak jadi doktor walaupun hati sudah berjanji setia dengan seni. Nampak sangat jodoh lebih kuat dengan seni. Berdarah senilah orang katakan walaupun taklah seni sangat. ahaha.

Alhamdulillah, aku telah pun menerima tawaran USM. Lepas ni akan bermulalah proceed dan persiapan aku ke alam universiti. Aku tak nafikan course seni bina landskap tu jugak best sebab kesemua pilihan yang aku letakkan dalam upu adalah berdasarkan minat dan keinginan aku untuk belajar dalam course  tu sebagai mendapat pengalaman dan pengetahuan. Setelah difikirkan, aku rasakan USM adalah yang terbaik. Allah dah bagi rezeki untuk sambung belajar di tempat yang diinginkan. takkan nak tolak? Hati aku memang berbelah bahagi nak tolak. So, keputusannya UITM aku terpaksa tinggalkan. Lagipun aku dah ada ramai sepupu-sepupu yang berjaya di universiti. Alhamdulillah.

Bagi yang gagal, ingat pesanan aku sebagai sahabat, jangan jadikan kegagalan itu sebagai penghalang untuk berjaya kerana Allah telah menciptakan sejuta cara untuk mengubah kegagalan itu menjadi sebuah kejayaan yang diimpikan. Apa yang penting Usaha, Doa dan Tawakal. Bak kata pengetua Kolej Tingkatan 6 Kulim, ENCIK AHMAD SULONG, anak yang baik mendengar kata, lawan sampai menang. walaupun ringkas tetapi maknanya sangat mendalam. Allah tidak menjadikan kamu sebagai manusia di atas muka buminya yang sia-sia kerana Allah mahu kamu membuktikan bahawa ciptaan Allah yang hebat bernama manusia ini mampu menjadi manusia berguna dan sentiasa taat setia kepadaNYA.

Sedarlah, kita antara ciptaan ALLAH yang hebat. Mahukah kita mensia-siakan kehidupan dan nyawa yang Allah beri ini hanya kerana sebuah kegagalan yang dinamakan sebagai UJIAN? Fikir dan renungkanlah. Buat adik-adik yang tengah belajar, belajar rajin-rajin, walaupun susah, penat dan membosankan, belajarlah.. kerana belajar itu juga adalah beribadah. Adik-adik akan dapat rasai nikmatnya selepas adik-adik berusaha dan bertawakal. In Shaa Allah. Kalau tak percaya buatlah. Kakak dah rasa nikmat tu sekarang dik sebab kakak pun pernah gagal dulu. :) good luck semua and TAHNIAH buat rakan-rakan yang berjaya! All the best!

Satu lagi nak inform, UM aku tak dapat. haha . UM lah satu-satunya Universiti yang aku tak pi temuduga atas faktor kos kewangan dan lain-lain. sekian

Wednesday, 3 August 2016

KONVOI MERDEKA 2015

 
Salam sejahtera semua, tiba-tiba harini teringat nak kongsi tentang event yang pernah aku sertai dulu masa form 6. Event yang disertai oleh seluruh warga Kolej Tingkatan 6 Taman Mahsuri yang dulunya dinamakan SMK Taman Mahsuri. Event ini dinamakan Konvoi Merdeka 2015 sempena sambutan Hari Kemerdekaan selama sebulan. 

Event ini diadakan pada 5 September 2015. Kami memulakan konvoi kami dari check point pertama iaitu kawasan Kolej menuju ke destinasi Taman Rekreasi Ulu Paip, Kulim. Perjalanan konvoi mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit yang disertai pasukan berbasikal, pasukan motosikal dan yang terakhir adalah pasukan yang menaiki kereta. Sampai saja di sana kami berehat-rehat dan makan disitu kerana pensyarah-pensyarah kami telah menyediakan makanan tengah hari untuk semua. Setelah semuanya selesai dan konvoi kami juga berjaya, kami berangkat pulang ke Kolej semula. Walaupun letih, penat dan ada yang terluka kerana terjatuh dan sebagainya, kami tetap berpuas hati. Pengalaman konvoi bersama rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah Kolej amat memberikan makna dan memori yang akan dikenang sampai bila-bila.

Berikutan gambar yang sempat diambil semasa konvoi , hehe :D














sumber gambar daripada facebook 😊